Inikan Bola

Slogan InikanBola Slogan InikanBola JANGAN LEPASKAN

Tue, 7, Nov, 2017, 6:00 PM | Oleh Pasukan Wan Kuzain cemerlang!

  • Pasukan yang diwakili oleh Wan Kuzain Wan Kamal, Swope Park Rangers berjaya memenangi kejuaraan Western Conference dalam United Soccer League (USL). Swope Park Rangers menewaskan pasukan Oklahoma City Energy 7-6 dalam penentuan sepakan penalti. Penjaga gol mereka iaitu Adrian Zendejas menjadi wira pasukan. Beliau berjaya menyelamatkan sepakan yang diambil oleh penjaga gawang pasukan lawan iaitu CJ Chocran. Kemudiannya, beliau sendiri berjaya menyempurnakan sepakan penalti terakhir bagi memastikan kejuaraan menjadi milik Swope Park Rangers. Bukan itu sahaja. Swope Park Rangers juga menjadi pasukan pertama dalam sejarah United Soccer League yang berjaya memenangi kejuaraan Western Conference dalam dua musim berturut-turut dan mereka layak untuk bertanding dalam kejohanan United Soccer League Cup.

    Nama Wan Kuzain mula menjadi perhatian peminat bola sepak Malaysia apabila beliau berjaya menembusi pasukan utama Sporting Kansas City pada tahun lalu. Beliau kemudiannya berpindah ke pasukan Swope Park Rangers pada tahun ini. Lantas, ramai peminat bola sepak Malaysia mahukan beliau untuk mewakili skuad kebangsaan. Akan tetapi, masih tiada jawapan daripada pemain yang berusia 19 tahun ini sama ada mahu mewakili Malaysia atau Amerika Syarikat di peringkat antarabangsa.

    (Visited 20 times, 1 visits today) ← Artikel Sebelum Artikel Selepas →

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Comment

    Name *

    Website

    BERITA BERKAITAN

    Facebook

    Adsense

    Perkhidmatan Pelanggan
    [email protected]

    Ikuti Kami fb-icon twitter-icon insta-icon Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Customer Service
    [email protected]

    Follow Us fb-icon twitter-icon insta-icon

    Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Copyright © 2017 Inikan Bola

    Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]>

    Leave a comment

    Your email address will not be published.