Inikan Bola

Slogan InikanBola Slogan InikanBola JANGAN LEPASKAN

Sumber foto: Daily Express

Fri, 26, Jan, 2018, 12:11 PM | Oleh ‘Pep Nak Saya Main Macam Messi!’

  • Pemain sayap Manchester City, Leroy Sane mendedahkan bahawa Pep Guardiola telah mencadangkan supaya dia cuba meniru corak permainan pemain Barcelona, Lionel Messi.

    Guardiola dan Messi membantu Barcelona menjadi pasukan yang digeruni dalam saingan bola sepak Eropah, malah pengurus Sepanyol itu telah turut membantu City untuk maju dan menjadi pasukan terbaik di England serta memberi saingan yang hebat di Liga Juara-Juara UEFA.

    Sane juga sedang menyinar di bawah bimbingan Guardiola, dan pemain antarabangsa Jerman itu menyatakan bahawa dia diberi nasihat mengenai cara untuk mencapai tahap seperti Messi.

    Pemain berusia 22 tahun itu memberitahu Welt am Sonntag: “Dia mengubah seluruh permainan saya. Di Jerman, tumpuan utama saya adalah pada menggelecek bola. Tapi sekarang, Pep memberi tumpuan kepada setiap asas dalam permainan saya, cara saya bergerak, cara membuka ruang untuk saya lari, bagaimana saya membantu pertahanan dan bagaimana saya meletakkan diri saya bila mana perlu bertahan dengan serangan pihak lawan”.

    “Semua ini membantu saya membuka ruang untuk rakan sepasukan saya, dan meletakkan diri saya di kedudukan yang lebih baik di padang. Pep telah membantu saya maju ke tahap yang lebih baik”.

    “Jurulatih yang lain sering datang kepada saya dan menunjukkan rakaman kesilapan saya dalam permainan, dan Pep terutamanya cuba membantu setiap pemain menjadi lebih baik. Dia sering menunjukkan kepada saya kemahiran pemain yang telah dilatihnya pada masa lalu, sebagai contoh, dia meminta saya untuk melihat dengan terperinci bagaimana Messi menangani situasi satu lawan satu, dan bagaimana dia bergerak. ”

    Sane menolak perpindahan ke Bayern Munich untuk menyertai Manchester City dari Schalke 04 dengan harga 37 juta Pound pada 2016.

    (Nota: Artikel ini telah ditulis S.A. dari Liga Perdana Inggeris Malaysia)

    Ikuti kami juga di

    Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia
    Instagram : @lpi_my
    Twitter: @LPI_MY

    #LPIMY

    (Visited 230 times, 7 visits today)

    Aksi Berkaitan

    Pep Cipta Satu Lagi Rekod Sebagai Pengurus! ← Artikel Sebelum Artikel Selepas →

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Comment

    Name *

    Website

    AKSI POPULAR

    Berita Berkaitan

    Facebook

    Perkhidmatan Pelanggan
    [email protected]

    Ikuti Kami fb-icon twitter-icon insta-icon Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Customer Service
    [email protected]

    Follow Us fb-icon twitter-icon insta-icon

    Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Copyright © 2017 Inikan Bola

    Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]> */]]> */]]>

    Leave a comment

    Your email address will not be published.