Inikan Bola

Slogan InikanBola Slogan InikanBola JANGAN LEPASKAN

Sumber Gambar: Twitter N.Thanabalan

Sun, 21, Jan, 2018, 2:13 PM | Oleh Pergilah Jika Ada Peluang!

  • Perjalanan bersejarah barisan pemain bawah 22 tahun negara dalam temasya Piala Asia Bawah 22 Tahun di China telah membuatkan ramai pihak terkejut dan tidak percaya dengan kebolehan anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee. Pasukan yang pada awalnya hanya dilabel sebagai pasukan pelengkap dalam kejohanan kali ini tetapi berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir. Dengan melihat prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh pemain negara, kami menyeru agar pemain pergi ke luar negara jika ada peluang yang datang.

    Prestasi cemerlang anak buah Datuk Ong Kim Swee bukan saja mengejutkan peminat bola sepak negara. Ketua jurulatih pasukan Korea Selatan Bawah 22 tahun juga turut memuji semangat juang Safawi Rasid dan rakan-rakan. Malah ada yang berpendapat bahawa sesetengah pemain negara layak untuk bermain di liga utama Asia seperti Jepun, Korea Selatan dan juga Australia. Dan kami setuju dengan pendapat ini.

    Mari kita ambil satu pemain iaitu Safawi Rasid. Safawi merupakan penjaring terbanyak sekaligus menjadi antara pemain terbaik negara dalam kejohanan kali ini. Kebolehan beliau untuk bermain di semua posisi serangan nyata menjadi aset penting negara. Sudah lama kita tidak menyaksikan seorang pemain serangan yang mempunyai kebolehan seperti itu. Kami juga mengesyorkan Safawi untuk bermain di luar negara. Pawi mesti boleh punya!

    Seorang lagi pemain yang menjadi antara pemain terbaik negara dalam kejohanan kali ini ialah Akhyar Rashid. Anak muda ini memang istimewa! Gandingan beliau bersama Akhyar Rashid di bahagian serangan nyata memberi ancaman kepada pihak lawan. Larian pantas Akhyar sering kali menyusahkan barisan pertahanan lawan.

    Antara pemain lain yang menyerlah sekalgius layak untuk bermain di luar negara adalah pemain serba boleh Kuala Lumpur, Irfan Zakaria, Adam Nor Azlin dan Danial Amier Norhisham.

    Pergilah jika ada peluang wahai anak muda! Pergilah mengembara! Buktikan yang kamu boleh bersaing dengan jaguh bola sepak Asia yang lain. Buktikan juga bahawa pemain Malaysia juga mampu untuk bersaing.

    Apa pendapat anda ? Pemain manakah yang layak untuk bermain di luar negara ? Kongsikan pendapat anda bersama kami.

    Baca Juga: Tersingkir Tetapi Tetap Membanggakan

    (Visited 223 times, 1 visits today)

    Aksi Berkaitan

    5 Pemain Bolasepak B-23 Malaysia Paling Hensem 201… Apa Nasib Khyril Muhymeen ? Wajib menang! Kita Perlu Bersabar ← Artikel Sebelum Artikel Selepas →

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Comment

    Name *

    Website

    AKSI POPULAR

    Aksi Terkini

    Facebook

    Perkhidmatan Pelanggan
    [email protected]

    Ikuti Kami fb-icon twitter-icon insta-icon Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Customer Service
    [email protected]

    Follow Us fb-icon twitter-icon insta-icon

    Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Copyright © 2017 Inikan Bola

    Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]> */]]> */]]> */]]>

    Leave a comment

    Your email address will not be published.