- 5 Pemain Import: Menjejaskan Peluang Pemain Muda ?
- Safawi Rasid: Inikah Yang Kita Nantikan Selama Ini ?
- Akhyar Rashid: Pemain Ini Istimewa!
- Khalid Jamlus: Gagal Ke Luar Tetapi Menjadi Raja Di Malaysia
- 5 Pemain Naturalisasi Yang Harus Diberi Peluang!
- Cepat Sesuaikan Diri!
- Di Mana Mereka Sekarang ? 5 Pemain Yang Pernah Bermain Di Luar Negara (Part 2)
- 4 Formasi Yang Bakal Digunakan P.Maniam?
- 5 Destinasi Pilihan Bagi Mohammed Ghaddar.
- 5 Pemain Calon Kapten Skuad Kebangsaan
Sumber Gambar: NSTP
Wed, 17, Jan, 2018, 10:09 PM | Oleh leredza PREVIU LIGA MALAYSIA 2018: JOHOR DARUL TAKZIM (JDT)
Sumber Gambar: Myeidos.com
Nama Panggilan: Harimau Selatan
Tarikh Penubuhan: 2013
Warna: Merah, biru
Pesaing Utama: Pahang, Kedah
Persahabatan Antara Penyokong: Sarawak
STADIUM Stadium Tan Sri Dato’ Hj. Hassan Yunos
Kapasiti: 30,000
Rekod Kehadiran 2017: 342,094 (purata: 15,550)
Cara pergi:
- Via kenderaan awam (bas): Larkin Sentral – jalan ke Perhentian Teksi – keluar ke jalan besar (Shell sebelah kanan) – jalan terus (anggaran 13 minit jalan kaki)
- Via kenderaan sendiri: Exit 254 ke Skudai/Pontian/UTM – ikut kanan di Jalan Bertingkat Skudai – exit ke Hospital Pakar Puteri – belok kiri ke Jalan Tun Abdul Razak (Perodua belah kanan) – belok kanan ke Jalan Sentosa – terus (stadium sebelah kanan)
PIALA KEJUARAAN
Liga Super: 4 (2014, 2015, 2016, 2017)
Piala FA: 1 (2016)
Piala Malaysia: 1 (2017)
Piala AFC: 1 (2015)
REKOD 2017
Liga Super: Juara dengan 49 mata (50 gol dijaringkan, 19 bolos, +49 perbezaan gol)
Piala FA: Suku Akhir (4-3 vs Pahang)
Piala Malaysia: Juara (0-2 vs Kedah)
Asian Champions League: Pusingan Kelayakan Play-off (0-3 vs Gamba Osaka)
Piala AFC: Separuh Akhir Zon ASEAN (4-4 vs Ceres Negros, tewas dengan Away Goal Rule)
Jumlah perlawanan dimenangi dengan 2 gol atau lebih: 13
Jumlah perlawanan dimenangi dengan 1 gol: 1
Jumlah perlawanan seri: 4
Jumlah perlawanan kalah dengan 1 gol: –
Jumlah perlawanan kalah dengan 2 gol atau lebih: 3
Jumlah perlawanan melibatkan gol pendahuluan dipadamkan, berakhir dengan kekalahan: 1
Jumlah perlawanan melibatkan gol pendahuluan dipadamkan, berakhir dengan seri: 2
Jumlah perlawanan melibatkan ketinggalan gol, berakhir dengan seri: –
Jumlah perlawanan ketinggalan gol, berakhir dengan kemenangan: 3
PENJARING TERBANYAK LIGA SUPER 2017
Gonzalo Cabrera: 11
Safiq Rahim: 9
Gabriel Guerra: 7
Mohammed Ghaddar: 5
Ahmad Hazwan: 3
JENDELA PERPINDAHAN
MASUK:
- Adam Nor Azlin (Selangor)
- Syamer Kutty Abba (Penang)
- Jorge Pereyra Diaz (Club Leon)
- Luciano Figueroa (kembali dari persaraan)
- La’Vere Corbin-Ong (Go Ahead Eagles)
- Syafiq Ahmad (Kedah)
- Bruno Soares (Hapoel Tel Aviv)
- Hariss Harun (Home United)
KELUAR:
- Gonzalo Cabrera (Al-Faisaly)
- Gabriel Guerra (Boca Juniors)
- Chanturu (Melaka United)
- Gopinathan (Melaka United)
- Azamuddin Akil (Selangor)
KEPUTUSAN PRA-MUSIM
Rekod: 3W, 1D, 1L
Goal Dijaringkan: 8 Gol
Gol Bolos: 2
- 4 Januari: JDT 2-0 Terengganu FC II
- 7 Januari: JDT 4-0 Mitra Kukar FC
- 10 Januari: Army United 0-1 JDT
- 13 Januari: Chonburi FC 1-1 JDT
- 15 Januari: Port FC 1-0 JDT
JDT pastinya kembali untuk musim baru dengan mensasarkan rekod Juara Liga Super untuk 5 kali berturut-turut, namun fokus mereka lebih tertumpu pada aksi kelayakan pusingan ke-2 Asian Champions League berdepan Muangthong United, naib juara Liga Perdana Thailand 2017. Sekiranya mereka layak ke pusingan kelayakan Play-off, mereka bakal sekali lagi bertemu lawan dari Jepun, Kashiwa Reysol.
Hajat kejuaraan paling berprestij peringkat kelab Asia itu sudah lama diimpikan JDT dan kini kembali berjuang setelah mencuba buat 3 tahun sebelumnya. Hal ini diperkuat dengan siri perlawanan pra-musim menentang lawan dari Thailand sebagai persiapan menghadapi Muangthong pada 23hb Januari. JDT yang juga membawa reputasi sebagai juara bertahan Piala Malaysia 2017 akan menghadapi tekanan hebat untuk mempertahankan piala keramat tersebut di samping takhta Liga Super.
JDT juga diperkuat dengan barisan yang tidak asing lagi buat peminat Harimau Selatan, Jorge Pereyra Diaz dari Club Leon. Luciano Figueroa, yang telah menggantung but selepas musim 2015 di JDT, kembali untuk musim 2018 bersama JDT selepas berada bersama JDT pada 2017 sebagai duta kelab.Selain itu, Hariss Harun juga kembali beraksi untuk JDT selepas semusim dipinjamkan ke Home United, kelab dari S-League.
Sumber Gambar: FourFourTwo
Setelah aksi menarik bersama kelab dan pasukan Malaysia semasa Sukan SEA 2017, JDT menandatangani pemain berpotensi, Adam Nor Azlin. Adam yang merupakan tonggak pasukan The Red Giants turut disertai Syamer Kutty Abba dan Syafiq Ahmad. Kecederaan yang dialami Marcos Antonio dan Fazly Mazlan musim lalu kini berpotensi diisi oleh La’Vere Corbin-Ong dan Bruno Soares.
PEMAIN TUMPUAN: La’Vere Corbin-Ong
Kredit: FB JOHOR Southern Tigers
Pemain kacukan Barbados-Malaysia ini diterima sebagai pemain tempatan, hasil dari salasilah ibunya Elizabeth Ong. Kariernya bermula sebagai pemain Whitecaps Reserves sebelum berhijrah ke Jerman bersama FC Pommern Griefswald (Oberliga Nord), Berliner AK 07 (Regionalliga Nordost) dan FSV Frankfurt (3. Liga). Corbin-Ong beraksi di Eerste Divisie bersama Go Ahead Eagles di Belanda sebelum menyertai JDT. Dengan pengalaman bermain sebanyak 166 penampilan bersama kelab-kelab berikut, pastinya Corbin-Ong akan segera menambat hati penyokong Harimau Selatan.
RAMALAN: JUARA
Tiada masalah bagi JDT untuk melakar rekod kejuaraan 5 kali berturut-turut Liga Super setelah berjaya melakukannya 4 tahun kebelakangan ini, tetapi untuk Asian Champions League, layak ke Peringkat Kumpulan sudah memadai. Andai tersungkur, peringkat Separuh Akhir Piala AFC adalah satu sasaran realistik.
(Visited 112 times, 1 visits today) ← Artikel Sebelum Jambang Paling Menawan Dalam Liga Malaysia Artikel Selepas → Stadium Oh Stadium, Dimanakah Dikau ?
Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Comment
Email *
Website
AKSI POPULAR
main-index
(2,014 Visited)Apa Nasib Khyril Muhymeen ?
Pemain ini menjadi senjata utama… (1,983 Visited)Di Mana Mereka Sekarang ? 5 Pemain Yang Pernah Bermain Di…
Pada artikel sebelumnya, kami telah… (916 Visited)Gandingan “Emas” Negara, Apa Dah Jadi?
Bola sepak Malaysia pernah menghasilkan… (845 Visited)
Berita Berkaitan
-
Previu PL Matchweek 24: Southampton vs Tottenham
-
Malaysia Vs Korea Selatan: Tersingkir Tetapi Membanggakan!
-
Previu PL Matchweek 24: Swansea vs Liverpool
-
Ambil Inspirasi Perlawanan Persahabatan 2010!
Perkhidmatan Pelanggan
[email protected]
Ikuti Kami
Jadi Penyumbang Artikel
Tentang Kami
Terma & Syarat
Privasi Polisi
Hubungi Kami
Customer Service
[email protected]
Jadi Penyumbang Artikel
Tentang Kami
Terma & Syarat
Privasi Polisi
Hubungi Kami
Copyright © 2017 Inikan Bola
Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]> */]]> */]]>