Inikan Bola

Slogan InikanBola Slogan InikanBola JANGAN LEPASKAN

Sumber Gambar: Kelantan FA

Fri, 19, Jan, 2018, 4:36 PM | Oleh Previu Liga Malaysia 2018: Kelantan Mampu Jadi Pesaing ?

  • Musim 2017 merupakan mimpi ngeri bagi pasukan Kelantan. Isu tunggakan gaji serta prestasi pasukan yang tidak menentu mewarnai liku-liku perjalanan pasukan yang pernah memenangi “treble” pada 2013 ini musim lalu. Tambah parah pula, mereka kehilangan penggempur utama, Mohammed Ghaddar yang menyertai pasukan Johor Darul Ta’zim pada pertengahan musim 2017. Bagi musim 2018 pula, dengan pengurusan yang serba baharu, mampukah Kelantan menjadi pesaing ?

    Satit Bensoh Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih
    Penolong kepada Zahasmi Ismail musim lalu, Satit Bensoh dilantik sebagai ketua jurulatih yang baru bagi menghadapi saingan 2018. Bensoh akan dibantu oleh bekas pemain kebangsaan, Yusri Che Lah bagi mengendalikan pasukan. Langkah ini dilihat satu langkah yang baik memandangkan Bensoh sudah mengenali pasukan. Jadi Kelantan tidak perlu membuang masa mencari jurulatih yang baru.

    Beberapa Pemain Senior Meningalkan Pasukan
    Kelantan kehilangan beberapa pemain senior yang mewakili mereka musim lalu. Antara pemain senior yang meninggalkan pasukan Indra Putera Mahayuddin yang menyertai Kuala Lumpur, Norhafiz Zamani Misbah yang menyertai pasukan Pulau Pinang, Hasmizan Kamaroddin, Daudsu Jamaluddin dan Khairul Izuan. Selain pemain tempatan, beberapa pemain import juga meninggalkan pasukan antaranya Mamadou Danso, Alessandro Celin dan Abou Bakr Al-Mel. Menurut presiden mereka, Bibi Ramjani, Kelantan tidak dapat mengekalkan mereka kerana kekangan kewangan.

    Pemain Yang Dibawa Masuk
    Untuk menggantikan pemain yang berhijrah keluar, KAFA membawa masuk beberapa pemain import dan pemain tempatan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan. Kelantan membawa 4 pemain import baru iaitu Cassio Francisco, Do Dong-hyun, Bruno Lopes dan Ferdinand Sinaga. Keempat-empat pemain ini sudah biasa dengan bola sepak Asean. Jadi menurut kami KAFA membuat pilihan yang bagus.

    Bagi pemain tempatan pula, Kelantan membawa masuk Amirizdwan Taj, S.Veenod, Shafiq Shaharudin dan mereka mempromosikan pemain bawah 19 tahun negara, Nik Akif Syahiran bagi menyertai pasukan utama. Musim hadapan kita bakal melihat Nik Akif Syahiran bermain di peringkat tinggi. Tak sabar!

    Lihat senarai penuh pemain pasukan The Red Warriors di sini

    Ramalan Kami
    Kami meramalkan pasukan Kelantan akan menamatkan saingan Liga Super di kalangan lima pasukan terbaik. Dalam kejohanan Piala Malaysia dan Piala FA pula, layak ke peringkat suku akhir sudah memadai bagi pasukan yang berwajah baru ini. Campuran pemain tempatan dan pemain import mampu untuk menjulang pasukan dari pantai timur ini.

    Apa pendapat anda ? Mampukah The Red Warriors menjadi pesaing utama dalam Liga Malaysia musim 2018 ?

    Baca Juga: Gandingan Bruno-Naga Mampu Julang Red Warriors

    (Visited 91 times, 1 visits today)

    Aksi Berkaitan

    Berikan Iflix Peluang! Terengganu FC I Vs PKNS FC: Siapa Bakal Tewas ? Janji Presiden FAS: Punyai Stadium Sendiri Dalam 5… Pencarian Diteruskan ← Artikel Sebelum Artikel Selepas →

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Comment

    Name *

    Website

    AKSI POPULAR

    Aksi Terkini

    Facebook

    Perkhidmatan Pelanggan
    [email protected]

    Ikuti Kami fb-icon twitter-icon insta-icon Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Customer Service
    [email protected]

    Follow Us fb-icon twitter-icon insta-icon

    Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Copyright © 2017 Inikan Bola

    Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]> */]]> */]]> */]]>

    Leave a comment

    Your email address will not be published.