- 6 Pemain Yang Harus Diberi Perhatian Dalam Liga Super 2018! (Part1)
- 5 Pemain Bawah 22 Tahun Yang Layak Bermain Di Luar
- Kelab Luar Mahukan Khidmat Danial Amier ?
- Bagaimana E-Hailing Dan Operator Pengangkutan Awam Membantu Memeriahkan Liga Malaysia
- Pergilah Jika Ada Peluang!
- Then vs Now: 5 Pemain Bola Sepak Negara Semasa Muda
- Jambang Paling Menawan Dalam Liga Malaysia
- 5 Pemain Import: Menjejaskan Peluang Pemain Muda ?
- Safawi Rasid: Inikah Yang Kita Nantikan Selama Ini ?
- Akhyar Rashid: Pemain Ini Istimewa!
Sumber Gambar: PKNP FC
Wed, 24, Jan, 2018, 6:00 PM | Oleh Mr.Football Previu Liga Malaysia 2018: Mampukah PKNP FC Bersaing ?
Pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak atau yang lebih dikenali sebagai PKNP FC mengejutkan peminat bola sepak Malaysia dengan persembahan cemerlang mereka dalam saingan Liga Perdana musim 2017. Apabila pasukan Felda United diturunkan pangkat ke Liga Perdana, PKNP dinaikkan ke Liga Super bagi menggantikan pasukan Felda. Bagi saingan musim 2018 ini, mampukah PKNP FC bersaing dengan pasukan lain sekaligus tidak hanya menjadi pasukan pelengkap ?
Beberapa Pemain Utama Meninggalkan Pasukan
PKNP kehilangan beberapa tonggak utama dalam persiapan mereka untuk mengharungi musim 2018. Tiga pemain import mereka daripada skuad musim lalu meninggalkan pasukan antaranya Kim Hyun-woo yang menyertai Terengganu FC I tetapi digugurkan kerana kecederaan. Gilberto Fortunato yang menyertai Felda United dan Vincent Weijl dilepaskan. Pertahanan muda PKNP, Syazwan Zaipol Bahari juga meninggalkan pasukan bagi menyertai pasukan Perak.
Pemain Utama Dikekalkan
Pengurusan PKNP berjaya mengekalkan beberapa tonggak utama mereka sekaligus ketua pasukan, Shahrel Fikir Fauzi bagi saingan musim 2018. Sebelum ini, Shahrel Fikri dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Johor Darul Ta’zim dan juga Perak. Namun, pada 6 Januari lalu, PKNP mengumumkan bahawa Eki telah menandatangani kontrak lanjutan selama 2 tahun dan kekal bersama pasukan tersebut sehingga tahun 2020. Selain Eki, pemain pertahanan import mereka, Ritus Krjauklis juga berjaya dikekalkan.
Sumber Gambar: Semuanya Bola
Pemain Yang Dibawa Masuk
Bagi memperkemaskan lagi pasukan, PKNP berjaya membawa masuk beberapa pemain import. Antara tiga pemain import yang dibawa masuk adalah pemain Kemboja, Keo Sokpheng, penyerang Korea Selatan, Yeong Gi-sung dan pemain pertahanan dari Ghana, Vincent Atingah Adae. Bagi saingan musim 2018 ini, PKNP hanya menggunakan 4 khidmat pemain import. Satu tindakan yang bagus oleh PKNP kerana mereka tidak terlalu bergantung kepada pemain import.
Ramalan Kami
Untuk musim pertama PKNP FC di saingan tertinggi bola sepak Malaysia, kami menjangkakan mereka akan menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-6 dan ke bawah. Dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia, mereka mampu mara sehingga saingan suku akir.
Apa pandangan anda mengenai musim pertama PKNP FC di saingan tertinggi bola sepak Malaysia ? Adakah mereka berjaya memberikan saingan ? Atau sekadar menjadi pasukan pelengkap ? Mari kongsikan bersama kami.
Baca Juga: Selangor Mampu Menjadi Lebih Baik ?
Lihat reaksi para pemain dan pegawai PKNP FC apabila mereka dinaikkan ke Liga Super di sini
(Visited 79 times, 1 visits today) ← Artikel Sebelum 10 Detik Paling Diingati Dalam Bola Sepak Malaysia 2017 (Bahagian 2) Artikel Selepas → iFlix Penyiar Rasmi Liga Malaysia 2018!
Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Comment
Email *
Website
AKSI POPULAR
Apa Nasib Khyril Muhymeen ?
Pemain ini menjadi senjata utama… (2,522 Visited)Piala AFC Terakhir Buat Johor Darul Ta’zim ?
Juara Liga Super 2017, Johor… (1,955 Visited)Di Mana Mereka Sekarang ? 5 Pemain Yang Pernah Bermain Di…
Pada artikel sebelumnya, kami telah… (1,437 Visited)Buriram Dan Kelab Jepun Mahukan Akhyar Rashid ?
Kecemerlangan pemain bawah 22 tahun… (1,379 Visited)
Aksi Terkini
-
Jersi Terbaik Liga Super Pilihan Inikan Bola!
-
Sukar Untuk United Hambat City: Rooney
-
Apa Yang Kita Boleh Beli Dengan Gaji Bulanan Liridon Krasniqi!
-
Liga Super 2018: Melaka Dan Selangor Mahu Teruskan Momentum
Perkhidmatan Pelanggan
[email protected]
Ikuti Kami
Jadi Penyumbang Artikel
Tentang Kami
Terma & Syarat
Privasi Polisi
Hubungi Kami
Customer Service
[email protected]
Jadi Penyumbang Artikel
Tentang Kami
Terma & Syarat
Privasi Polisi
Hubungi Kami
Copyright © 2017 Inikan Bola
Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]> */]]> */]]> */]]>