Inikan Bola

Slogan InikanBola Slogan InikanBola JANGAN LEPASKAN

Sumber Gambar: MUSA

Sat, 27, Jan, 2018, 12:00 PM | Oleh Previu Liga Malaysia 2018: Musim Gemilang Melaka United ?

  • Pasukan Melaka United berjaya mengekalkan status mereka dalam saingan Liga Super buat semusim lagi apabila berjaya menewaskan Selangor di laman sendiri pada perlawanan kedua terakhir Liga Super musim 2017 lalu. Menjelang Liga Malaysia musim ini, pasukan Melaka giat melakukan persiapan bagi mengelak mimpi ngeri musim lalu menghantui mereka. Beberapa pemain tempatan dan pemain import telah berjaya dibawa masuk. Jadi adakah musim 2018 ini menjadi musim gemilang buat Melaka United ?

    Pemain Yang Meninggalkan Pasukan
    Pasukan Melaka kehilangan beberapa tonggak utama yang mewakili mereka musim lalu. Antara pemain yang dilepaskan adalah penyerang yang memastikan Melaka kekal di Liga Super, Marko Simic. Marko Simic ketika ini mewakili kelab Indonesia, Persija Jakarta. Selain Simic, Melaka juga melepaskan khidmat Jasmin Mecinovic, Filipe Souza, Fandi Othman dan Azinie Taib.

    Pemain Yang Dibawa Masuk
    Bagi menggantikan pemain yang berhijrah keluar, Melaka United berjaya menandatangani beberapa pemain import dan juga pemain tempatan. Bukan Melaka lah kalau tak bawa masuk ramai pemain. Antara pemain import yang dibawa masuk adalah Tiago Gomes, Steve Thicot, Yahor Zubovic dan pemain tengah Singapura, Shahdan Sulaiman. Bagi kuota pemain tempatan pula, Melaka membawa masuk R.Gopinathan, S.Chanturu, Shazlan Alias, Azmi Muslim dan Lord bola sepak Malaysia, Fakri Saarani. Secara keseluruhan, Melaka membawa masuk seramai 13 pemain. Banyak kann.


    Sumber Gambar: Stadium.MY


    Sumber Gambar: MUSA

    Pemain Yang Dikekalkan
    Selain menandatangani beberapa pemain, Melaka juga mengekalkan beberapa pemain utama daripada skuad musim lalu. Antara pemain yang dikekalkan adalah Jeon Woo-young, Nicholas Swirad, R.Surendran, Fauzi Roslan dan Khair Jefri Jones. Selain pemain, pengurusan Melaka juga mengekalkan ketua jurulatih mereka, Eduardo Almeida. Bagi kami, mengekalkan Almeida adalah ssatu tindakan yang tepat oleh pengurusan Melaka.

    Ramalan Kami
    Kami meramalkan Melaka United akan menamatkan saingan Liga Super musim ini di kalangan 6 pasukan terbaik. Dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia pula, kami berpendapat Melaka United mampu mara sehingga ke saingan suku akhir.

    Apa pendapat anda mengenai prestasi pasukan Melaka United musim hadapan ? Adakah mereka mampu menjadi pencabar kepada pasukan lain ? Ataupun mereka akan mengulangi skrip sama seperti musim lalu ? Kongsikan pandangan anda bersama kami.

    Baca juga: Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pasukan Terengganu

    Baca mengenai persiapan Melaka United dengan lebih lanjut di sini

    (Visited 82 times, 1 visits today)

    Aksi Berkaitan

    6 Pemain Pertahanan Bawah 23 Tahun Yang Wajib Dibe… Pentingnya Media Sosial Dalam Dunia Bola Sepak Liga Super 2018: Ramalan Inikan Bola! (Part 2) 6 Pemain Yang Harus Diberi Perhatian Dalam Liga Su… ← Artikel Sebelum Artikel Selepas →

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Comment

    Name *

    Website

    AKSI POPULAR

    Aksi Terkini

    Facebook

    Perkhidmatan Pelanggan
    [email protected]

    Ikuti Kami fb-icon twitter-icon insta-icon Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Customer Service
    [email protected]

    Follow Us fb-icon twitter-icon insta-icon

    Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Copyright © 2017 Inikan Bola

    Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]> */]]> */]]> */]]>

    Leave a comment

    Your email address will not be published.