- 6 Pemain Yang Harus Diberi Perhatian Dalam Liga Super 2018! (Part1)
- 5 Pemain Bawah 22 Tahun Yang Layak Bermain Di Luar
- Kelab Luar Mahukan Khidmat Danial Amier ?
- Bagaimana E-Hailing Dan Operator Pengangkutan Awam Membantu Memeriahkan Liga Malaysia
- Pergilah Jika Ada Peluang!
- Then vs Now: 5 Pemain Bola Sepak Negara Semasa Muda
- Jambang Paling Menawan Dalam Liga Malaysia
- 5 Pemain Import: Menjejaskan Peluang Pemain Muda ?
- Safawi Rasid: Inikah Yang Kita Nantikan Selama Ini ?
- Akhyar Rashid: Pemain Ini Istimewa!
Sumber Gambar: Kedah FA
Sun, 4, Feb, 2018, 3:03 AM | Oleh Maniam Review Piala Sumbangsih: JDT Dominan, Kedah Negatif JDTKedah
JDT merampas Piala Sumbangsih daripada Kedah hasil kemenangan 2-1 di tempat sendiri dalam perlawanan pembukaan Liga Super 2018. Gol-gol dijaringkan oleh Luciano Figueroa dan Marcos Antonio, keduanya-duanya melalui set piece dan Pablo Pallares menjaringkan gol hasil hantaran baik Sandro Mendoca.
Kami melihat bahawa ketua jurulatih Kedah, Ramon Marcote memilih untuk tidak mengambil risiko dalam perlawanan ini. Mereka bermain dengan sangat negatif berbanding musim lalu. Mungkin meyedari kelebihan individu yang dimiliki oleh 5 org pemain import JDT beserta 2 pemain naturalisasi yang berkualiti, Marco merasakan Kedah mempunyai lebih peluang jika mereka bertahan lebih deep dan mengelak dari melakukan kesilapan. Musim lalu Kedah sangat terdedah apabila bertahan di garisan tinggi. Dalam perlawanan ini, mereka bertahan di deep area untuk mengelakkan JDT memperoleh peluang menerusi larian direct oleh Diaz dan Cabrera. Pelan Marco hampir berjaya apabila Kedah mendahului menerusi Pablo dan saves cemerlang dari Ifwat. Kedah dihukum oleh dua kesilapan ketika situasi bola mati yg membolehkan JDT memenangi perlawanan ini.
Menyedari mereka mempunyai kelebihan teknikal individu dan Kedah bermain secara negatif, JDT memgambil kesempatan dengan melakukan pressing ke atas pemain-pemain Kedah sehingga membolehkan mereka menguasai pertarungan di bahagian tengah. JDT jelas pemenang pertarungan di bahagian tengah dalam perlawanan ini apabila pressing yang dilakukan mereka menyukarkan Kedah untuk membuat build up attack. Badrol Bakhtiar kelihatan agak bergelut di separuh masa pertama ketika bermain sebagai pemain tengah. Mereka juga menggerakkan bola dengan lebih cepat dan flow serta fluidity mereka sangat baik. JDT hanya gagal menjaringkan lebih banyak gol kerana Ifwat Akmal bermain cemerlang malam ini, dibantu pertahanan Kedah yang bermain agak baik. Gandingan Diaz, Lucho, Cabrera dan Natxo sangat solid. Kelibat Corbin-Ong juga begitu baik. Pasti sukar untuk pemain tempatan merebut tempat dalam kesebelasan utama JDT selepas ini.
Banyak kerja rumah yang harus dilakukan oleh Ramon Marcote untuk perlawanan akan datang. Kami merasakan bahawa Kedah perlu bermain lebih tinggi untuk memberi tekanan kepada pihak lawan. Mereka juga harus memperbaiki hantaran dan fluidity mereka. Terlalu banyak hantaran sangkut kepada pihak lawan, dan kadangkala terlalu banyak touches dilakukan oleh pemain Kedah sehingga menganggu rentak mereka. Mereka harus lebih banyak menggerakan bola serta menyegerakan hantaran untuk memecah pertahanan lawan.
Bagi JDT pula, mereka kelihatan bersedia untuk memenangi setiap perlawanan. Mereka nampak sukar dikalahkan tetapi tidak mustahil. Pasukan lawan mereka mempunyai 2 pilihan untuk mempunyai peluang mengalahkan JDT. Yang pertama, mereka boleh bermain secara counter attack dan tidak melakukan kesilapan. Yang kedua, mereka perlu memegang bola selama mungkin.
Kami juga berharap pihak Iflix dapat memperbaiki mutu perkhidmatan mereka kerana ianya boleh merencatkan kerancakan Liga M musim ini jika tidak diperbaiki segera.
(Visited 177 times, 1 visits today)
Aksi Berkaitan
Buriram Dan Kelab Jepun Mahukan Akhyar Rashid ? Apa Nasib Khyril Muhymeen ? 10 Detik Paling Diingati dalam Bola Sepak Malaysia… Hadiah Perpisahan ? ← Artikel Sebelum Liga Super 2018: JDT Juara, Iflix Gundah Gulana! Artikel Selepas → Liga Super & Liga Premier: Sejarah Penubuhan (Part3)
Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Comment
Email *
Website
AKSI POPULAR
Apa Nasib Khyril Muhymeen ?
Pemain ini menjadi senjata utama… (2,515 Visited)Piala AFC Terakhir Buat Johor Darul Ta’zim ?
Juara Liga Super 2017, Johor… (1,944 Visited)Di Mana Mereka Sekarang ? 5 Pemain Yang Pernah Bermain Di…
Pada artikel sebelumnya, kami telah… (1,432 Visited)Buriram Dan Kelab Jepun Mahukan Akhyar Rashid ?
Kecemerlangan pemain bawah 22 tahun… (1,377 Visited)
Aksi Terkini
-
Liga Super 2018: PKNS Dan Pahang Mahukan 3 Mata Pertama!
-
Liga Super 2018: Negeri Sembilan Atau Kuala Lumpur ?
-
Bukan salah Conte: Cahill
-
Liga Super 2018: Kedah Dan Perak Mahukan 3 Mata!
Perkhidmatan Pelanggan
[email protected]
Ikuti Kami
Jadi Penyumbang Artikel
Tentang Kami
Terma & Syarat
Privasi Polisi
Hubungi Kami
Customer Service
[email protected]
Jadi Penyumbang Artikel
Tentang Kami
Terma & Syarat
Privasi Polisi
Hubungi Kami
Copyright © 2017 Inikan Bola
Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]> */]]> */]]> */]]>