Inikan Bola

Slogan InikanBola Slogan InikanBola JANGAN LEPASKAN

Sumber Foto: The Sun

Sat, 27, Jan, 2018, 10:39 AM | Oleh “Saya Terima Jika Saya Dipecat Seperti Pengurus Terdahulu,” – Conte

  • CONTE REDHA DENGAN TAKDIR!

    Bahang pemecatan antara Antonio Conte, pengurus Chelsea dan lembaga pengarah Chelsea semakin hangat. Antonio Conte berkata dia menerima sekiranya dia dipecat seperti pengurus Chelsea yang terdahulu.

    “Jika anda melihat kepada statistik dalam masa 14 tahun, seramai sepuluh orang pengurus telah dipecat di dalam kelab ini,” kata Conte yang kini dalam keadaan tertekan.

    Pergeseran antara beliau dan lembaga pengarah berlaku apabila beliau mengkritik secara terbuka mengenai polisi perpindahan kelab Chelsea selepas kekalahan kepada Arsenal dalam perlawanan separuh akhir Piala Carabao.

    “Saya melihat kepada sejarah kelab, dan pengurus lain pun hampir serupa dengan saya. Saya tidak melihat sebarang perbezaan antara kami,” tambah pengurus yang berwarganegara Itali ini.

    Pengurus yang pernah mengemudi Juventus itu membawa Chelsea menjuarai Liga Perdana Inggeris musim lalu. Pada masa yang sama, beliau turut berjaya membawa Chelsea kembali ke saingan Liga Juara-Juara Eropah.

    Antonio Conte merupakan pengurus tetap kelapan Chelsea sejak Roman Abramovich mengambil alih Chelsea pada 2003.

    TEKANAN TERUS MENINGKAT!

    Walaubagaimanapun, beliau di bawah tekanan yang tinggi selepas Chelsea terkeluar dari saingan Piala Carabao. Chelsea juga turut terkeluar dari saingan untuk merebut kejuaraan liga yang mana Manchester City telah jauh meninggalkan mereka.

    “Saya bekerja dengan sangat kuat untuk kelab ini, untuk semua pemain dan sudah tentu untuk semua peminat Chelsea. Saya tahu apa yang saya buat dan saya sedang melakukan segalanya untuk memperbaiki kedudukan kelab,” ulas Conte lagi.

    CHELSEA MASIH MAHUKAN DZEKO!

    Sementara itu, laporan media mengkhabarkan Chelsea sekali lagi telah memulakan usaha untuk bercakap dengan Roma bagi mendapatkan Edin Dzeko.

    Namun yang demikian, The Blues mungkin akan beralih untuk mendapatkan Olivier Giroud sekiranya Edin Dzeko yang juga merupakan penyerang kebangsaan Bosnia Herzegovina tidak mempersetujui perpindahan ke London pada Isnin ini.

    (Nota: Artikel ini ditulis oleh Sofwan Zulkepli dari Liga Perdana Inggeris Malaysia).

    Jangan lupa ikuti kami juga di

    Instagram : @lpi_my
    Twitter : @LPI_MY

    #LPIMY

    Baca Juga: Monreal Pemimpin Sejati Gunner!

    Sumber: The Sun

    (Visited 103 times, 1 visits today)

    Aksi Berkaitan

    Lembaga Pengarah Chelsea Mengecewakan Antonio Cont… Perpindahan PL Yang Mungkin Berlaku Menjelang R… Javi vs Antonio, Pertarungan Merebut Tiga Mata! Bukan salah Conte: Cahill ← Artikel Sebelum Artikel Selepas →

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Comment

    Name *

    Website

    AKSI POPULAR

    Aksi Terkini

    Facebook

    Perkhidmatan Pelanggan
    [email protected]

    Ikuti Kami fb-icon twitter-icon insta-icon Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Customer Service
    [email protected]

    Follow Us fb-icon twitter-icon insta-icon

    Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Copyright © 2017 Inikan Bola

    Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]> */]]> */]]> */]]>

    Leave a comment

    Your email address will not be published.