Inikan Bola

Slogan InikanBola Slogan InikanBola JANGAN LEPASKAN

Sumber Gambar: Semuanya Bola

Mon, 29, Jan, 2018, 10:28 AM | Oleh Janji Presiden FAS: Punyai Stadium Sendiri Dalam 5 Tahun. Mampu ke ?

  • Semalam, pasukan Selangor dengan rasminya memperkenalkan barisan pemain dan juga jersi terbaru mereka bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2018. Majlis yang diadakan di Plaza Alam Sentral itu berjaya menarik seramai 3000 peminat setia Selangor bagi menyaksikan majlis tersebut. Dan dalam majlis semalam, presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Sri Subahan Kamal telah berjanji kepada peminat bahawa jika beliau masih lagi diberi mandat sebagai presiden, dalam jangka masa 5 tahun dari sekarang pasukan Selangor akan mempunyai stadium sendiri. Persoalan kami adalah, mampukah presiden FAS mengotakan janji beliau ?


    Sumber Gambar: FAS

    Stadium sememangnya menjadi isu utama yang harus dihadapi pasukan Selangor bagi persiapan musim ini. Hasrat mereka untuk bermain di Stadium Shah Alam tidak kesampaian kerana konflik politik diantara kerajaan negeri dan FAS. Mereka mahu bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil, juga tidak kesampaian apabila FMLLP tidak meluluskan permohonan mereka. Jadi pilihan terakhir mereka adalah bermain di Cheras atapun di Selayang. Hari ini peminat akan mengetahui sama ada Selangor akan bermain di Stadium Cheras ataupun Selayang. Pengumuman akan dibuat oleh FMLLP.

    Selain menyentuh isu stadium, Datuk Seri Subahan Kamal juga menyentuh tentang sasaran pasukan Selangor musim ini. Beliau tidak meletakkan sebarang sasaran terhadap pasukan Selangor namun beliau mahu melihat pasukan Selangor mencabar pasukan lain tak kira dalam saingan Liga Super ataupun Piala Malaysia dan Piala FA. Presiden FAS itu juga yakin dengan barisan pemain yag sedia ada dan juga kemampuan ketua jurulatih, P.Maniam bagi memastikan pasukan Selangor bersaing musim hadapan.

    Adakah dalam masa 5 tahun dari sekarang Selangor akan mempunyai stadium sendiri ? Jawapan untuk persoalan ini kita harus tunggu 5 tahun dari sekarang. Buat masa ini, peminat Selangor haruslah menerima kenyataan bahawa pasukan kesayangan mereka akan berkongsi stadium dengan pasukan lain.

    Apa pendapat anda tentang janji presiden FAS untuk membina stadium sendiri dalam masa 5 tahun akan datang ? Adakah ia relevan ? Atau ia hanya satu janji kosong atau lebih dikenali dengan perkataan “sembang saja lebih” ? Berikan pendapat anda.

    Baca Juga: Pasuan Selangor Mampu Untuk Menjadi Lebih Baik ?

    Baca mengenai janji Datuk Seri Subahan Kamal mengenai stadium sendiri di sini

    (Visited 91 times, 2 visits today)

    Aksi Berkaitan

    Masih Adakah Sinar Buat Rozaimi ? Rating Penyerang Import Pasukan Liga Super 2018! Liga Super & Liga Premier: Sejarah Penubuhan … 6 Pemain Yang Harus Diberi Perhatian Dalam Liga Su… ← Artikel Sebelum Artikel Selepas →

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Comment

    Name *

    Website

    AKSI POPULAR

    Aksi Terkini

    Facebook

    Perkhidmatan Pelanggan
    [email protected]

    Ikuti Kami fb-icon twitter-icon insta-icon Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Customer Service
    [email protected]

    Follow Us fb-icon twitter-icon insta-icon

    Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Copyright © 2017 Inikan Bola

    Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]> */]]> */]]> */]]>

    Leave a comment

    Your email address will not be published.