- 5 Pemain Import: Menjejaskan Peluang Pemain Muda ?
- Safawi Rasid: Inikah Yang Kita Nantikan Selama Ini ?
- Akhyar Rashid: Pemain Ini Istimewa!
- Khalid Jamlus: Gagal Ke Luar Tetapi Menjadi Raja Di Malaysia
- 5 Pemain Naturalisasi Yang Harus Diberi Peluang!
- Cepat Sesuaikan Diri!
- Di Mana Mereka Sekarang ? 5 Pemain Yang Pernah Bermain Di Luar Negara (Part 2)
- 4 Formasi Yang Bakal Digunakan P.Maniam?
- 5 Destinasi Pilihan Bagi Mohammed Ghaddar.
- 5 Pemain Calon Kapten Skuad Kebangsaan
Sumber Gambar: Astro Awani
Thu, 18, Jan, 2018, 10:07 AM | Oleh Mr.Football Stadium Oh Stadium, Dimanakah Dikau ? Liga SuperSelangorStadium
Stadium oh stadium, dimanakah dikau ? Baru-baru ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) telah mengeluarkan kenyataan bahawa adalah hampir mustahil untuk pasukan Selangor menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai markas utama mereka bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan. CEO FMLLP, Kevin Ramalinggam menyatakan bahawa permintaan pasukan Selangor kurang realistik jika stadium tersebut hanya digunakan sebanyak dua kali saja dalam separuh masa pertama Liga Super. Jadi, apa nasib pasukan Selangor seterusnya ?
Selangor sudah menyatakan bahawa mereka akan menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil sejak daripada tahun lepas lagi. Anda boleh baca ulasan mengenai perkara tersebut di sini. Ketika pemeriksaan dijalankan pada Disember tahun lalu, pemeriksaan tersebut dihadiri oleh FMLLP serta Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sendiri. Baru-baru ini, Perbadanan Stadium Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa SNBJ sudah menerima banyak tempahan untuk pelbagai aktviti seperti kejohanan Ragbi Asia, aktiviti hiburan dan riadah. Jadi peluang Selangor untuk bermain di sana agak tipis. Yang menjadi persoalan adalah, menagapa PSM tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian ketika Selangor berhajat untuk menggunakan stadium tersebut ? Mengapa harus menunggu FAM dan FMLLP mengeluarkan kenyataan barulah mereka juga mahu mengeluarkan kenyataan ?
Tirai Liga Super akan dibuka lebih kurang dua minggu daripada sekarang. Mengapa pihak yang disebutkan di atas baru mengeluarkan kenyataan di saat waktu untuk kita menuju Liga Super 2018 semakin dekat ? Mengapa tidak mengeluarkan kenyataan di awal hari agar senang pasukan mencari alternatif lain ?
Di sini ada beberapa stadium yang boleh dijadikan alternatif oleh pasukan Selangor. Antara stadium yang boleh digunakan adalah Stadium Selayang. Akan tetapi, Selangor harus mengeluarkan sedikit dana untuk memperbaiki masalah lampu limpah Stadium Selayang. Seterusnya adalah Stadium MBPJ di Kelana Jaya. Stadium MBPJ ketika ini digunakan oleh pasukan Petaling Jaya Rangers. PJ Rangers mengeluarkan dana sendiri untuk memperbaiki masalah lampu limpah stadium. Jadi kami rasa tiada masalah untuk Selangor berbuat demikian.
Kami mencadangkan kepada pasukan Selangor untuk mempertimbangkan dua stadium di atas untuk dijadikan sebagai alternatif bagi mengharungi Liga Malaysia musim hadapan. Kami berharap tiada lagi isu seperti ini berlaku di masa hadapan.
Pendapat anda pula bagaimana ? Stadium mana yang sesuai untuk dijadikan markas utama Selangor bagi musim 2018 ?
Portal lain juga mengupas isu yang sama. Anda boleh baca di sini
(Visited 43 times, 1 visits today)
Aksi Berkaitan
Musim 2018: Musim Kebangkitan Bola Sepak Kelantan? Evan dan Ilham Semakin Hampir Ke Selangor. 6 Pemain Penyerang Bawah 23 Tahun Yang Wajib Diber… PKNP FC Buat Persediaan Rapi ← Artikel Sebelum PREVIU LIGA MALAYSIA 2018: JOHOR DARUL TAKZIM (JDT) Artikel Selepas → Previu Liga Malaysia 2018: Pasukan Kedah Antara Pencabar ?
Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Comment
Email *
Website
AKSI POPULAR
main-index
(2,014 Visited)Apa Nasib Khyril Muhymeen ?
Pemain ini menjadi senjata utama… (1,983 Visited)Di Mana Mereka Sekarang ? 5 Pemain Yang Pernah Bermain Di…
Pada artikel sebelumnya, kami telah… (916 Visited)Gandingan “Emas” Negara, Apa Dah Jadi?
Bola sepak Malaysia pernah menghasilkan… (845 Visited)
Berita Berkaitan
-
Previu PL Matchweek 24: Southampton vs Tottenham
-
Malaysia Vs Korea Selatan: Tersingkir Tetapi Membanggakan!
-
Previu PL Matchweek 24: Swansea vs Liverpool
-
Ambil Inspirasi Perlawanan Persahabatan 2010!
Perkhidmatan Pelanggan
[email protected]
Ikuti Kami
Jadi Penyumbang Artikel
Tentang Kami
Terma & Syarat
Privasi Polisi
Hubungi Kami
Customer Service
[email protected]
Jadi Penyumbang Artikel
Tentang Kami
Terma & Syarat
Privasi Polisi
Hubungi Kami
Copyright © 2017 Inikan Bola
Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]> */]]> */]]>