Inikan Bola

Slogan InikanBola Slogan InikanBola JANGAN LEPASKAN

Sumber Gambar: FAM

Sat, 20, Jan, 2018, 6:46 PM | Oleh Malaysia Vs Korea Selatan: Tersingkir Tetapi Membanggakan!

  • Sebentar tadi telah tamat perlawanan di antara pasukan bawah 22 tahun negara menentang pasukan Korea Selatan yang berkesudahan pasukan negara tewas 2-1. N.Thanabalan menjaringkan gol tunggal negara. Walaupun kita telah tersingkir daripada kejohanan kali ini, tetapi barisan pemain negara tetap membanggakan rakyat Malaysia!

    Pasukan negara dikejutkan dengan jaringan awal Cho Jae-Wan ketika permainan baru berusia 15 saat. Pemain negara nyata tersetak dengan jaringan ini. Tetapi mereka kekal tenang dan cuba untuk mencari jalan menembusi benteng pasukan Korea Selatan. Barisan negara menguasai bahagian tengah namun tiada hantaran berbahaya bagi disudahkan oleh barisan serangan negara. Separuh masa pertama berakhir dengan pasukan Korea mendahului pasukan negara.

    Bermula separuh masa kedua, barisan pemain negara giat melancarkan serangan ke kubu Korea dan ia membuahkan hasil apabila N.Thanabalan menjaringkan gol penyamaan. Namun, pasukan Korea berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-85 sekaligus menyingkirkan pasukan negara daripada kejohanan kali ini.

    Kita dapat melihat kelainan pada perlawanan kali ini. Anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee dilihat tidak tertekan walaupun melepaskan gol awal. Hal ini sangat berbeza dengan pasukan senior kebangsaan yang mudah gopoh apabila diasak. Ini adalah peningkatan yang sangat bagus kepada pasukan kebangsaan.

    Satu Malaysia sudah pasti bangga dengan perjalanan bersejarah ini. Pasukan yang pada awalnya tidak diletakkan sebarang harapan, berjaya mengejutkan bola sepak ASia dengan menjadi antara 8 pasukan bola sepak terbaik di rantau ini.

    Kami berharap Akhyar Rashid dan rakan-rakan dapat mengekalkan prestasi cemerlang mereka. Sejujurnya, kami yakin para peminat bola sepak negara mempunyai harapan baru bagi menyaksikan skuad s kebangsaan kita mampu untuk mencabar di peringkat antarabangsa. Selain itu, kami berharap pasukan dalam Liga Malaysia dapat memberikan mereka peluang bagi tampil dalam kesebelasan utama. Mari kita jangan ‘rosakkan’ perkara indah yang kita punya saat ini.

    Terima kasih kepada para pejuang negara yang telah mengharumkan dan membanggkan nama Malaysia di persada dunia. Semoga pada temasya akan datang, kita boleh mencipta sekarah sekali lagi.

    (Visited 92 times, 1 visits today)

    Aksi Berkaitan

    Siapa Bakal Ganti The Professor ? Safawi Rasid: Inikah Yang Kita Nantikan Selama Ini… Safawi Dan Akhyar Harapan Utama Kita! Ambil Inspirasi Perlawanan Persahabatan 2010! ← Artikel Sebelum Artikel Selepas →

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Comment

    Name *

    Website

    AKSI POPULAR

    Berita Berkaitan

    Facebook

    Perkhidmatan Pelanggan
    [email protected]

    Ikuti Kami fb-icon twitter-icon insta-icon Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Customer Service
    [email protected]

    Follow Us fb-icon twitter-icon insta-icon

    Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Copyright © 2017 Inikan Bola

    Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]> */]]> */]]>

    Leave a comment

    Your email address will not be published.