Inikan Bola

Slogan InikanBola Slogan InikanBola JANGAN LEPASKAN

Inikan Bola

Thu, 26, Oct, 2017, 10:00 AM | Oleh The Sixth Bomber!

  • #10HariLagi #PialaMalaysia2017 #Final
    Hari ini genap 10 hari lagi menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim menentang Kedah di Stadium Shah Alam. Dan mulai hari ini, kami di Inikan Bola akan melakukan kiraan dengan menulis artikel tentang sejarah dan juga pencapaian yang telah dilakar sepanjang Piala Malaysia berlangsung dari edisi pertama.

    Hari ini, kita akan membahas tentang enam pemain yang pernah menjaringkan hatrik pada perlawanan akhir Piala Malaysia. Kita mulakan dengan Tan Sri Abdul Ghani Minhat. Tan Sri Abdul Ghani Minhat menjaringkan empat gol ketika Selangor menewaskan Perak 4-2 di Stadium Merdeka. Seterusnya, giliran S.Thanabalan pula menjaringkan hatrik ketika Selangor membelasah Pulau Pinang dengan keputusan 8-1 ketika itu.

    Pada perlawanan akhir edisi 1991, lagenda Johor FA, Ervin Boban menjaringkan 3 gol ketika Johor menewaskan Selangor. Selang tiga edisi selepas itu, giliran pemain Singapura pula, Abbas Saad menjaringkan hatrik dalam perlawanan terakhir Singapura dalam kempen Piala Malaysia. Pada perlawanan akhir ketika itu, Singapura menewaskan Pahang dengan keputusan 4-1.

    Juan Manuel Arostegui menyertai senarai pemain yang pernah menjaringkan hatrik pada perlawanan akhir Piala Malaysia apabila berjaya menjaringkan tiga gol ketika Selangor MBPJ menewaskan Sabah 3-0 pada perlawanan akhir ketika itu. Akhir sekali, bekas penyerang Selangor, Bambang Pamungkas menjaringkan hatrik ketika Selangor menewaskan Perlis dalam perlawanan akhir Piala Malaysia edisi 2005.

    Itulah senarai pemain yang pernah menjaringkan hatrik dalam perlawanan akhir Piala Malaysia. Mungkinkah sejarah berulang pada edisi kali ini? Sama-sama kita nantikan!

    (Visited 43 times, 1 visits today)

    Aksi Berkaitan

    Mari Ketahui Rekod Piala Malaysia  Akhyar Rashid: Pemain Ini Istimewa! Penghijrahan Beramai-Ramai Kemana Arah Tuju Mereka ? ← Artikel Sebelum Artikel Selepas →

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Comment

    Name *

    Website

    AKSI POPULAR

    Aksi Terkini

    Facebook

    Perkhidmatan Pelanggan
    [email protected]

    Ikuti Kami fb-icon twitter-icon insta-icon Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Customer Service
    [email protected]

    Follow Us fb-icon twitter-icon insta-icon

    Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Copyright © 2017 Inikan Bola

    Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]> */]]> */]]> */]]>

    Leave a comment

    Your email address will not be published.