Inikan Bola

Slogan InikanBola Slogan InikanBola JANGAN LEPASKAN

Sumber gambar: Rojak Daily

Fri, 29, Dec, 2017, 2:00 PM | Oleh Trio Serangan Utama Skuad Bawah 22 Tahun ?

  • Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengeluarkan senarai akhir barisan 23 pemain yang akan mewakili negara dalam temasya Piala Asia Bawah 22 tahun di China bulan hadapan. Untuk senarai penuh, anda boleh lihat gambar di bawah.


    Sumber gambar: FAM

    Dalam senarai tersebut, terdapat beberapa nama daripada skuad Sukan SEA 2017 lalu. Tidak ketinggalan 4 pemain daripada skuad bawah 19 tahun negara iaitu Akhyar Rashid, Hadi Fayyadh, Nik Akif Syahiran dan Shivan Pillay Asokan. Langkah Datuk Ong Kim Swee menyenaraikan 4 pemain ini dilihat sebagai satu langkah yang bagus untuk memberi pendedahan kepada mereka.

    Senarai di atas juga menimbulkan persoalan di minda kami. Siapa yang akan mengemudi jentera serangan negara ketika temasya Piala Asia nanti ?

    Kita boleh lihat semasa Sukan SEA tempoh hari. Safawi Rashid, S.Kumaahran dan N.Thanabalan menjadi senjata utama negara di bahagian serangan. Namun kali ini, hanya Thana dan Pawi saja yang terpilih. Jadi siapa yang patut menggantikan S. Kumaahran sebagai penyerang negara ? Pilihan pertama kami adalah penyerang Johor Darul Ta’zim II, Hadi Fayyadh.

    Hadi beraksi cemerlang ketika membantu Malaysia dalam kempen kelayakkan Piala Asia bawah 19 tahun bulan lalu. Beliau berjaya menjaringkan 3 gol sepanjang kelayakkan. Memiliki postur tubuh yang sesuai dijadikan sebagai penyerang, kami berpendapat Hadi mampu untuk menggalas cabaran yang diberikan. Beliau juga tidak akan berdepan masalah untuk bergandingan dengan Thana dan Pawi.

    Pilihan kedua kami ialah “wonder kid” Kedah, Akhyar Rashid. Jika OKS mahu bermain dengan kelajuan, maka Akhyar adalah pemain yang sesuai untuk mengisi posisi penyerang. Anda boleh bayangkan ketika serangan balas, Thanabalan, Pawi dan Akhyar meluru ke arah anda. Mesti seram kan.

    Bagaimana dengan pilihan anda ? Ada ada pilihan lain selain Hadi dan Akhyar ? Mari kita bincangkan perkara ini.

    (Visited 229 times, 1 visits today) ← Artikel Sebelum Artikel Selepas →

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Comment

    Name *

    Website

    BERITA BERKAITAN

    Facebook

    Perkhidmatan Pelanggan
    [email protected]

    Ikuti Kami fb-icon twitter-icon insta-icon Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Customer Service
    [email protected]

    Follow Us fb-icon twitter-icon insta-icon

    Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Copyright © 2017 Inikan Bola

    Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]>

    Leave a comment

    Your email address will not be published.