Inikan Bola

Slogan InikanBola Slogan InikanBola JANGAN LEPASKAN

Berita Harian

Tue, 3, Oct, 2017, 10:00 AM | Oleh Ubi Berkualiti ! (Bahagian 2)

  • Semalam kami sudah berkongsi lima pemain muda yang sepatutnya menjadi buruan pasukan-pasukan besar dalam Liga Malaysia. Dalam artikel kali ini, kami akan berkongsi kepada anda LIMA lagi pemain yang harus diberi perhatian oleh pasukan-pasukan besar dalam Liga Malaysia.

    1. Amirul Hisyam Awang Kechik
    Amirul Hisyam mula menempa nama setelah tampil cemerlang bersama Kedah pada musim 2016 lalu. Pemain muda ini selalu tampil dalam kesebelasan utama Kedah dan mencipta gandingan mantap bersama Liridon Krasniqi. Walaupun tidak mendapat peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan ketika kempen Sukan SEA lalu, penulis yakin banyak pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

    2. Safawi Rashid
    Pemain sayap lincah ini mula menempa nama bersama pasukan T-Team pada musim lalu. Kelincahan serta gelecekan beliau telah berjaya menarik minat pasukan dari selatan iaitu Johor Darul Ta’zim. Safawi Rashid juga cemerlang membantu skuad kebangsaan meraih pingat perak ketika kempen Sukan SEA 2017. Pastinya Johor Darul Ta’zim tidak mahu kehilangan permata berharga mereka.

    3. Syamer Kutty Abba
    Pemain tengah Pulau Pinang ini mulai mendapat perhatian setelah gandingan mantap beliau bersama Nor Azam Azih ketika kempen Sukan SEA 2017. Beliau bermain baik bagi memastikan barisan pertahanan Negara mendapatkan perlindungan daripada serangan pihak lawan. Selepas tamat Sukan SEA, beredar khabar mengenai kelab Thailand yang berminat untuk mengambil khidmat Syamer.Menarik untuk kita nantikan pasukan mana yang akan diwakili oleh pemain berusia 20 tahun ini.

    4. Adib Zainuddin
    Pemain ini menyandang lilitan kapten skuad kebangsaan ketika kempen Sukan SEA 2017 lalu. Benteng tiga serangkai yang diketuai oleh beliau nyata tangguh bak Tembok Besar China sehingga membawa Malaysia ke perlawanan akhir. Dan baru-baru ini, Adib mengesahkan bahawa beliau akan menyertai Johor Darul Ta’zim.

    5. Akhyar Rashid
    Penyerang berusia 18 tahun ini mula menempa nama dalam kancah Liga Malaysia apabila beraksi cemerlang bagi pasukan Kedah musim ini. Aksi cemerlang beliau nyata memikat hati ketua jurulatih Bawah 22 tahun negara iaitu Datuk Ong Kim Swee. OKS menyenaraikan Akhyar dalam skuad akhir Sukan SEA 2017 lalu. Kedah sudah pasti mahu mengekalkan ubi berkualiti mereka daripada disambar oleh pasukan yang lain.
    Apa kata anda? Kongsikan dengan kami pemain muda yang sepatutnya menjadi buruan pasukan-pasukan besar dalam Liga Malaysia.

    (Visited 81 times, 2 visits today)

    Aksi Berkaitan

    Jambang Paling Menawan Dalam Liga Malaysia Rudie Ramli: Penyerang Yang Tidak Bernasib Baik? Previu Liga Malaysia 2018: Musim Gemilang Melaka U… Ubahlah Mentaliti Tu! ← Artikel Sebelum Artikel Selepas →

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Comment

    Name *

    Website

    AKSI POPULAR

    Aksi Terkini

    Facebook

    Perkhidmatan Pelanggan
    [email protected]

    Ikuti Kami fb-icon twitter-icon insta-icon Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Customer Service
    [email protected]

    Follow Us fb-icon twitter-icon insta-icon

    Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Copyright © 2017 Inikan Bola

    Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]> */]]> */]]> */]]>

    Leave a comment

    Your email address will not be published.