4 Kelab London Yang Boleh Dibeli Oleh TMJ

Pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikhabarkan berminat untuk membeli kelab yang berpangkalan di kota London. Meskipun baginda mengimpikan AC Milan, namun keadaan semasa kelab gergasi Serie A itu dianggap tidak ideal untuk dijadikan pelaburan. Di sini, kami senaraikan 4 kelab London yang boleh oleh TMJ.

1. Brentford FC

Sumber Gambar: Brentford FC

Brentford ketika ini menduduki tangga kelima dalam saingan Liga Kejuaraan musim 2018/2019. Di bawah kendalian Dean Smith, pasukan yang digelar The Bees ini mencatat 3 kemenangan, 2 seri dan 1 kekalahan daripada enam perlawanan setakat ini.

Nilai pasaran semasa: 23.40 Juta Pound

2. Millwall FC

Sumber Gambar: Millwall

Millwall berada di tangga ke-16 dalam saingan Liga Kejuaraan setakat ini. Kelab yang pernah melonjakkan nama penyerang Australia, Tim Cahill ini bermula dengan agak perlahan apabila hanya mampu mengutip 1 kemenangan, 2 seri dan 3 kekalahan.

Nilai pasaran semasa: 13.15 Juta Pound

3. Queens Park Rangers

Sumber Gambar: Zimbio.com

Kelab yang majoriti sahamnya dipegang oleh taikun penerbangan negara, Tan Sri Tony Fernandes ini pernah mewarnai kancah Liga Perdana Inggeris pada musim 2014/2015.

Dalam saingan Liga Kejuaraan musim ini, QPR berada di tangga ke-22 setelah hanya mampu mengutip 1 kemenangan, 1 seri dan empat kekalahan.

Nilai pasaran semasa: 35.3 Juta Pound

4. Charlton Athletic

Sumber Gambar: South London Press

Charlton Athletic beraksi dalam saingan Divisyyen 3 liga bola sepak England atau yang lebih tepatnya EFL League One musim ini. Pasukan bimbingan bekas pemain Birmingham City, Lee Bowyer ini menduduki tangga ke-8 setelah 7 perlawanan Liga.

Nilai pasaran semasa: 10.49 Juta Pound

Itulah 4 kelab London yang menurut kami boleh dibeli oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Nilai pasaran semasa yang sedikit rendah berbanding kelab yang beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris membuatkan keempat-empat kelab ini berbaloi jika mahu membuat pelaburan.

Selain itu, keempat-empat kelab di atas beraksi dalam saingan kedua dan ketiga tertinggi dalam liga bola sepak England.

Apa pendapat anda mengenai 4 kelab London yang kami pilih sebagai kelab yang sesuai untuk dibeli oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim ?

Baca Juga: Kelab London Mana Yang Menambat Hati

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *