4 Pasukan Diarah Bayar Tunggakan Gaji Dan Pampasan Kontrak

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengarahkan empat pasukan iaitu Hanelang FC, Terengganu City FC, Kuantan FA dan Marcerra United untuk menyelesaikan tunggakan gaji dan juga pampasan kontrak kepada pemain dan juga pegawai pasukan dalam tempoh masa 30 hari.

Keputusan ini dibuat setelah Jawatankuasa Status FAM mengadakan mesyuarat kali ketujuh bagi penggal 2017-2021 pada 1 November 2018 (Khamis).

Berikut antara tuntutan yang dikemukakan oleh pemain dan pegawai 4 pasukan di atas.

1. Tuntutan dikemukakan oleh 2 pegawai dan 21 pemain terhadap Kelab Bolasepak Marcerra United berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sepenuhnya kecuali tuntutan Mohd Ishak Kunju Mohamad yang diterima sebahagiannya dan Kelab Bolasepak Marcerra United dikehendaki membayar tunggakan gaji seperti jumlah dinyatakan di bawah (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

i) Mohamad Khalid Mohamed Sain (RM16,500)

ii) Mohd Ishak Kunju Mohamad (RM28,000)

iii) Ahmad Nordin Alias (RM80,000)

iv) Azman Othman (RM17,600)

v) Haziq Fikri Hussein (RM32,000)

vi) Ibrahim Aziz (RM88,000)

vii) Isma Alif Aziz (RM39,500)

viii) Isskandar Zulkarnaen Ibrahim (RM36,000)

ix) Izer Hamkha Mohd Haizal (RM25,600)

x) Meor Nasrullah Meor Mohd Ali (RM36,000)

xi) Mohamad Jailani Abdullah (RM24,000)

xii) Mohd Hazuan Mohd Daud (RM37,600)

xiii) Mohd Syuhiran Zainal (RM112,000)

xiv) Muhamad Alif Najmi Ahmad (RM25,600)

xv) Muhamad Hazim Amir Hamzah (RM23,200)

xvi) Muhammad Asyraf Abdul Talib (RM34,400)

xvii) Muhammad Izzham Izzudin Mohd Zamri (RM12,800)

xviii) Muhammad Syafizullah Ab Wahab (RM36,000)

xix) Muhammad Syahmi Syakir Salim (RM36,000)

xx) Norfahmie Hadzrin Nordin (RM48,000)

xxi) Nur Rizzham Norman (RM28,000)

xxii) Rusmanizam Roseland (RM36,000)

xxiii) Terrence A/L Marieselvam (RM33,600)

Jika Kelab Bolasepak Marcerra United gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, apa-apa deposit penyertaan Pertandingan, hadiah wang tunai atau apa-apa sahaja kewangan Responden yang masih berbaki di FAM akan dibayar terus kepada Pengadu-pengadu.

Perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi jika sumber kewangan yang dinyatakan di atas masih tidak mencukupi.

2. Tuntutan dikemukakan oleh 11 pemain terhadap Kelab Bolasepak Terengganu City berhubung tunggakan gaji dan pampasan baki kontrak

Keputusan: Tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sepenuhnya dan Kelab Bolasepak Terengganu City dikehendaki membayar tunggakan gaji dan pampasan baki kontrak seperti jumlah dinyatakan di bawah (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

i) Mohd Fadzlihadi Mamat (RM13,500)

ii) Mohd Haris Safwan Mohd Kamal (RM45,000)

iii) Mohd Zahieruddin Zakaria (RM14,400)

iv) Mohd Zairi Hafiezi Idris (RM20,700)

v) Muhamad Nurhalis Syafiq Mohamad Nizu (RM20,700)

vi) Muhamad Shahimi Kharuddin (RM18,000)

vii) Syamshahril Ghulam (RM22,500)

viii) Syed Ridzuan Syed Abdullah (RM20,700)

ix) Wan Azwari Wan Noor (RM40,000)

x) Zairo Anuar Zailani (RM90,000)

xi) Saiful Nizam Abdullah (RM16,200)

Jika Kelab Bolasepak Terengganu City gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, apa-apa deposit penyertaan Pertandingan, hadiah wang tunai atau apa-apa sahaja kewangan Responden yang masih berbaki di FAM akan dibayar terus kepada Pengadu-pengadu.

Perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi jika sumber kewangan yang dinyatakan di atas masih tidak mencukupi.

3. Tuntutan dikemukakan oleh 20 pemain terhadap Persatuan Bolasepak Daerah Hulu Terengganu (Hanelang FC) berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sepenuhnya dan Persatuan Bolasepak Daerah Hulu Terengganu (Hanelang FC) dikehendaki membayar tunggakan gaji seperti jumlah dinyatakan di bawah (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

i) Ahmad Azlan Zainal (RM64,000)

ii) Amirul Dzulkarnain Rawi (RM24,000)

iii) Hariri Mohd Safii (RM80,000)

iv) Hasmizan Kamarodin (RM88,000)

v) Mohd Faizal Mansor (RM80,000)

vi) Mohd Faizol Hussain (RM80,000)

vii) Mohd Haris Safwan Mohd Kamal (RM64,000)

viii) Mohd Shahril Izwan Abdullah (RM40,000)

ix) Mohd Shazuan Mohd Ashraf Mathews (RM64,000)

x) Mohd Syamri Ja’far Sidek (RM24,000)

xi) Mohamad Farzly Muhammad (RM24,000)

xii) Mohamad Syafiq Azmi (RM64,000)

xiii) Mohamad Syamsuri Mohamad Mustafa (RM56,000)

xiv) Muhamad Tuah Iskandar Jamaluddin (RM64,000)

xv) Muzammer Mohamad Zaki (RM24,000)

xvi) Norhadi Ubaidillah (RM60,000)

xvii) Saiful Nizam Abdullah (RM28,000)

xviii) Shahrizal Mohd Saad (RM64,000)

xix) Wan Abd Azizol Wan Abd Aziz (RM24,000)

xx) Zairo Anuar Zalani (RM80,000)

Jika Persatuan Bolasepak Daerah Hulu Terengganu (Hanelang FC) gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, apa-apa deposit penyertaan Pertandingan, hadiah wang tunai atau apa-apa sahaja kewangan Responden yang masih berbaki di FAM akan dibayar terus kepada Pengadu-pengadu.

Perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi jika sumber kewangan yang dinyatakan di atas masih tidak mencukupi.

4. Tuntutan dikemukakan oleh 14 pemain terhadap Persatuan Bolasepak Daerah Kuantan berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sepenuhnya dan Persatuan Bolasepak Daerah Kuantan dikehendaki membayar tunggakan gaji seperti jumlah dinyatakan di bawah (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

i) Abdul Malik Mat Ariff (RM15,000)

ii) Hazwan Fakhrullah Mohd Zuridi (RM12,500)

iii) Fakri Syahmi Badrul Hisham (RM15,000)

iv) Khairul Azman Awang Long (RM75,000)

v) Khairul Nidzam Mohamad Noor (RM7,000)

vi) Mohamad Shafiq Razali (RM7,000)

vii) Mohd Kamal Rodiarjat Md Ali@ Madi (RM15,000)

viii) Mohd Shahrul Aizad Zukufli (RM40,000)

ix) Mohd Sheril Anuar Saini (RM37,500)

x) Mohd Zairi Hafiezi Idris (RM11,250)

xi) Muhammad Ilham Yusof (RM12,500)

xii) Muhammad Nur Kamarullah Khairul Saidi (RM22,000)

xiii) Muhammad Rafizi Zahari (RM6,250)

xiv) Rosfaizul Azuar Ali (RM35,000)

Jika Persatuan Bolasepak Daerah Kuantan gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, apa-apa deposit penyertaan Pertandingan, hadiah wang tunai atau apa-apa sahaja kewangan Responden yang masih berbaki di FAM akan dibayar terus kepada Pengadu-pengadu.

Perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi jika sumber kewangan yang dinyatakan di atas masih tidak mencukupi.

5. Tuntutan dikemukakan oleh 1 pegawai terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan berhubung pampasan baki kontrak

Keputusan: Tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sepenuhnya dan Persatuan Bolasepak Kelantan dikehendaki membayar pampasan baki kontrak seperti jumlah dinyatakan di bawah dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

i) Mohd Nazaruddin Mat Zin@Mohd Zain (RM32,000)

Jika Persatuan Bolasepak Daerah Kelantan gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, apa-apa deposit penyertaan Pertandingan, hadiah wang tunai atau apa-apa sahaja kewangan Responden yang masih berbaki di FAM akan dibayar terus kepada Pengadu-pengadu.

Perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi jika sumber kewangan yang dinyatakan di atas masih tidak mencukupi.

Baca Juga: Terengganu FC II Ganti Terengganu City FC ?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *