4 Pemain Kedah Yang Berpotensi Menjadi “Akhyar” Baru

Perpindahan pemain muda negara, Akhyar Rashid dengan menyertai juara Liga Super musim 2018, Johor Darul Ta’zim telah mencetuskan satu ‘huru-hara’ dalam landskap bola sepak tanah air. Di sini, kami senaraikan empat pemain muda Kedah yang berpotensi untuk menjadi ‘Akhyar Rashid’ yang seterusnya.

1. Mohamad Fayadh

Sumber Gambar: Kedah FA

Penyerang muda ini menjadi watak utama dalam perjalanan pasukan bola sepak Kedah dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 dan juga saingan Piala Presiden musim ini. Kecemerlangan Fayadh berjaya membawa Kedah mara ke pentas final dalam dua kejohanan tersebut.

Bagi saingan musim 2019, Fayadh telah dinaikkan pangkat untuk menyertai skuad utama dan beliau dilihat mampu untuk menyinar jika diberi peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama kerana kelincahan beliau.

2. Fazrul Danel

Sumber Gambar: Kedah FA

Pemain berusia 19 tahun ini mampu untuk beraksi dalam pelbagai posisi di bahagian tengah. Kecemerlangan Danel bersama skuad Piala Presiden Kedah dalam saingan Piala Presiden musim ini membuatkan pengurusan pasukan menaikkan pangkat beliau untuk beraksi bersama skuad senior musim hadapan.

3. Hidhir Idris

Sumber Gambar: The Red Eagle – Helang Merah

Hidhir beraksi di posisi sama seperti Akhyar iaitu di posisi sayap. Pemain berusia 21 tahun ini mampu untuk beraksi di kiri ataupun kanan dan telah membuat beberapa penampilan bersama skuad senior sebelum ini.

Liga Malaysia musim hadapan merupakan peluang terbaik untuk Hidhir menunjukkan potensi sebenar beliau.

4. Zhafir Yusof

Sumber Gambar: Kedah FA

Sama seperti Hidhir, Zhafir beraksi di posisi sayap. Pemain berusia 19 tahun ini sudah membuat beberapa penampilan bersama skuad utama sebelum ini dan beliau dilihat mampu untuk menjadi nadi utama pasukan Kedah dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Itulah dia empat pemain muda pasukan Kedah yang berpotensi untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Akhyar Rashid.

Keempat-empat pemain diatas mempunyai kualiti serta kemampuan yang tersendiri dan mereka mampu untuk menampilkan aksi terbaik andai diberi peluang untuk tampil dalam kesebelasan utama.

Baca Juga: Zafuan Azeman Kembali Sertai Perlis ?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *