4 Pemain Yang Boleh Dipertimbangkan Tan Cheng Hoe

Baru-baru ini, ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe memanggil 8 pemain daripada skuad bawah 23 tahun untuk menyertai kem latihan pusat pasukan senior. Di sini, kami menyenaraikan 4 pemain dari skuad bawah 23 tahun yang boleh dipertimbangkan oleh Cheng Hoe sekiranya ada pemain yang terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan.

1. Haziq Nadzli

Sumber Gambar: FAM

Haziq menampilkan persembahan yang cemerlang pada temasya Sukan Asia 2018. Beliau kerap kali menafikan percubaan pihak lawan dan memastikan pintu gol negara tidak dibolosi dengan banyak gol.

Persembahan beliau ketika menentang Korea Selatan mendapat pujian daripada ramai pihak kerana benteng pertahanan negara yang diasak secara bertubi-tubi oleh barisan pemain bintang Korea yang diketuai oleh Son Heung-min.

2. Dominic Tan

Sumber Gambar: Goal.com

Dominic beraksi dengan cemerlang di bahagian pertahanan pasukan negara. Gandingan beliau dengan Irfan Zakaria dan Adam Nor Azlin berjaya memastikan barisan serangan pihak lawan tidak mudah untuk menembusi benteng pertahanan negara.

Meskipun membuat kesilapan pada perlawanan menentang Jepun, namun kerja keras serta persembahan Dominic wajar diberikan pujian dan juga diberikan peluang untuk beraksi bersama pasukan senior.

3. Rodney Celvin Akwensivie

Sumber Gambar: PKNS FC

Rodney dipanggil bagi menggantikan tempat yang ditinggalkan Daniel Amier Norhisham yang mengalami kecederaan sebelum temasya bermula.

Meskipun tidak beraksi untuk pasukan negara pada temasya Sukan Asia, namun persembahan yang ditampilkan Rodney bersama PKNS menjadikan beliau wajar untuk diberikan peluang untuk beraksi bersama pasukan senior.

4. R.Kogileswaran

Sumber Gambar: ATM

Kogi hanya beraksi pada satu perlawanan sahaja iaitu ketika Malaysia tewas kepada Bahrain pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Sebelum ini, Cheng Hoe memberikan peluang kepada Kogi untuk beraksi bersama pasukan senior.

Pemain Pahang ini menampilkan persembahan yang baik ketika Malaysia membelasah Bhutan dan kami berpendapat beliau wajar untuk diberikan lebih peluang.

Itulah 4 pemain skuad bawah 23 tahun yang menurut kami wajar diberikan perhatian boleh Tan Cheng Hoe sekiranya ada pemain dalam skuad sedia ada yang terpaksa dikeluarkan akibat daripada kecederaan.

Apa pendapat anda mengenai 4 pemain yang kami pilih di atas ? Adaka mereka pemain yang sesuai ?

Baca Juga: 8 Pemain Skuad Bawah 23 Tahun Dipanggil Tan Cheng Hoe

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *