4 Pemain Yang Wajar Dipanggil Tan Cheng Hoe

Seramai 24 pemain dipanggil oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan,Tan Cheng Hoe bagi menyertai kem latihan pusat bagi persediaan untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang pasukan Sri Lanka dan Kyrgyztan. Di sini, kami senaraikan 4 pemain yang wajar dipertimbangkan oleh Cheng Hoe untuk dipanggil.

1. Faiz Nasir

Sumber Gambar: Terengganu FC

Pemain sayap Terengganu FC ini beraksi cemerlang pada perlawanan peringkat suku akhir Piala Malaysia 2018 dimana Terengganu berjaya membenam Felda United.

Faiz menampilkan persembahan mengagumkan pada suku akhir kedua apabila beliau dimasukkan pada separuh masa kedua dimana ketika itu Terengganu FC sedang ketinggalan sekaligus membantu Terengganu bangkit dan mara ke peringkat suku akhir.

2. Brendan Gan

Sumber Gambar: Perak TBG

Brendan menampilkan persembahan yang baik apabila beliau membantu Perak mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2018. Sejak pulih daripada kecederaan lutut yang menyebabkan Brendantidak dapat beraksi selama dua musim, bekas pemain Kelantan ini perlahan-lahan mula mendapatkan semula rentak beliau.

3. Safawi Rasid

Sumber Gambar: JST

Ketiadaan Safawi dalam skuad kali ini sedikit menimbulkan kehairanan di kalangan peminat bola sepak tanah air. Kami berpendapat Safawi perlu dipanggil bagi mengukuhkan lagi keserasian beliau bersama penyerang lain dalam pasukan ketika ini.

Tambahan pula, ada kelibat Mohamadou Sumareh yang dilihat boleh menguatkan lagi barisan serangan negara.

4. Kamal Azizi

Sumber Gambar: Terengganu FC

Kamal Azizi menjadi The Unsung Hero bagi Terengganu FC musim ini dimana beliau beraksi dengan baik di bahagian pertahanan pasukan. Kamal boleh dipanggil bagi memberikan persaingan kepada Matthew Davies bagi posisi right back pasukan negara.

Itulah 4 pemain yang wajar untuk dipertimbangkan oleh Tan Cheng Hoe bagi dipanggil menyertai kem latihan pusat pasukan negara. Keempat-empat pemain ini beraksi dengan baik bersama pasukan negeri masing-masing dan prestasi semasa mereka dilihat mampu untuk membantu skuad kebangsaan.

Apa pendapat anda mengenai 4 pemain di atas ? Mampukah prestasi semasa mereka membantu pasukan kebangsaan pada perlawanan menentang Sri Lanka dan Kyrgyztan ?

Baca Juga: Sumareh Dipanggil Tan Cheng Hoe Sertai Skuad Kebangsaan

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *