5 Destinasi Pilihan Untuk Nik Shahrul Azim

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Bibi Ramjani Ilias Khan menyatakan bahawa ada beberapa tawaran dari beberapa pasukan Liga Malaysia bagi mendapatkan khidmat pemain pertahanan, Nik Shahrul Azim.

Dalam tiga perlawanan Liga terakhir, Nik Shahrul diletakkan di posisi pertahanan tengah di samping Cassio De Jesus. Dan beliau menampilkan persembahan yang baik.

Di sini, kami menyenaraikan 5 pasukan yang boleh dipertimbangkan sekiranya Pok Nik mahu berhijrah pada jendela perpindahan kali ini.

1. Selangor
Pasukan Selangor berdepan krisis di bahagian pertahanan sehingga menyebabkan mereka keciciran mata dalam saingan Liga Super setakat ini. Jika Nik Shahrul menyertai Selangor, beliau boleh digandingkan dengan Willian Pacheco di bahagian pertahanan tengah.

2. Melaka United
Pasukan Melaka juga menghadapi sedikit masalah di bahagian pertahanan pasukan. Namun, setelah ketibaan Khairul Fahmi di posisi penjaga gol, barisan pertahanan Melaka dilihat ada sedikit peningkatan. Nik Shahrul dilihat boleh memperkemaskan lagi benteng Melaka daripada terus bocor.

3. Negeri Sembilan
Nik Shahrul pernah mewakili pasukan Negeri Sembilan musim lalu secara pinjaman selama 6 bulan daripada pasukan Kelantan. Memandangkan Negeri Sembilan berada di tangga tercorot ketika ini, Nik Shahrul boleh memberikan nafas baru di bahagian pertahanan pasukan.

4. Felda United
Pasukan Felda ketika ini sedang selesa mendahului saingan Liga Perdana. Felda United merupakan pasukan yang paling lengkap di setiap posisi. Dengan adanya Nik Shahrul dalam pasukan, benteng pertahanan Felda semakin kukuh.

5. PKNP FC
PKNP FC sedang berada dalam kelompok pertengahan dalam carta Liga Super setakat ini. Siapa sangka pasukan kerdil ini boleh berada di posisi tersebut dalam Liga yang dipenuhi dengan pasukan-pasukan besar. Jika Nik Shahrul menyertai PKNP, maka barisan pertahanan pasukan akan lebih baik.

Itulah 5 pasukan yang menurut kami boleh menjadi destinasi seterusnya buat Nik Shahrul Azim. Tambahan pula, Pok Nik mampu untuk bermain sebagai right back ataupun center back. Jadi ini merupakan satu kelebihan yang dimiliki pemain berusia 28 tahun ini.

Apa pendapat anda mengenai 5 ppasukan di atas ? Pasukan mana yang sesuai dengan Nik Shahrul Azim ?

Baca Juga: Masa Depan pasukan Kelantan Cerah

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *