5 Destinasi Yang Sesuai Untuk Thiago Augusto
- Liga Super
- Nov 21, 2018
- No comment
Apabila Felda United mengumumkan bahawa mereka tidak menyambung khidmat keempat-empat pemain import yang telah membantu pasukan muncul juara Liga Perdana musim ini, peminat tertanya-tanya tentang masa depan penyerang berbisa mereka iaitu Thiago Augusto Fernandes.
Kita sedia maklum bahawa Thiago antara penyerang import terbaik yang mewarnai Liga Malaysia dalam tiga musim terakhir. Di sini, penulis nak senaraikan 5 destinasi sesuai untuk Thiago Augusto jika beliau masih beraksi dalam saingan Liga Malaysia.
1. Kedah
Sumber Gambar: Kedah FA
Thiago pernah beraksi bersama Kedah selama setengah musim dimana beliau berjaya membantu Kedah menjulang Piala Malaysia edisi 2016. Dengan krisis di bahagian serangan yang dihadapi oleh skuad Hijau Kuning musim ini, Thiago dilihat pemain yang sesuai untuk mengisi posisi sebagai penyerang utama pasukan.
2. Pahang
Sumber Gambar: Pahang FA
Apabila Francis Forkey Doe terpaksa diketepikan kerana kecederaan, Pahang membawa masuk Austin Amutu sebagai pengganti. Namun Amutu gagal menampilkan aksi terbaik beliau.
Dengan ketiadaan Patrick Cruz yang tidak disambung kontrak, Thiago mampu untuk menggalas tugas sebagai penggempur utama pasukan Pahang pada saingan musim hadapan.
3. Terengganu FC
Sumber Gambar: TeamN9FC
Bagi mencapai matlamat Irfan Bakti yang mahu menamatkan dominasi JDT, beliau sudah pasti memerlukan penyerang berbisa dan Thiago adalah calon yang sesuai. Thiago boleh digandingkan dengan ketua pasukan, Kipre Tchetche di bahagian serangan.
4. PKNS FC
foto: BERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA
Penyerang import PKNS, Rafael Ramazotti hanya mampu menampilkan persembahan terbaik beliau pada awal musim. Setelah itu, Ramazotti gagal untuk beraksi dengan konsisten. Thiago bakal menjadi pengganti yang sesuai bagi Ramazotti.
5. Selangor
Sumber Gambar: FA Selangor
Dengan masa depan Rufino Segovia masih belum jelas, andai penyerang berusia 33 tahun ini memutuskan untuk berhijrah, maka Thiago Augusto bakal menjadi pengganti yang sesuai bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan.
Itulah dia 5 pasukan yang menurut penulis bakal menjadi destinasi yang sesuai buat Thiago Augusto Fernandez jika beliau masih ingin beraksi dalam saingan Liga Malaysia.
Kualiti yang dimiliki oleh pemain berusia 28 tahun ini tidak boleh dipertikaikan lagi dan Thiago mampu untuk menjulang mana-mana pasukan yang diwakilinya.
Baca Juga: Felda United Tamatkan Khidmat Empat Pemain Import