5 Pasukan Kebangsaan “Underdog” Yang Berjaya Membuat Kejutan

Dalam setiap kejohanan yang bertaraf antarabangsan, mesti ada pasukan yang dikategorikan sebagai pilihan utama untuk menjadi juara kejohanan tersebut. Tak lupa juga ada pasukan yang dianggap sebagai pasukan pelengkap di dalam kejohanan sekaligus dianggap pasukan “underdog”. Dalam penulisan kali ini, kami akan membawakan kepada anda 5 pasukan kebangsaan yang dianggap sebagai pasukan “underdog” tetapi berjaya mengejutkan semua dengan menjadi juara.

1. Denmark: Juara UEFA EURO 1992
Pasukan Denmark pada asalnya tidak layak ke kejohanan UEFA EURO edisi 1992 yang dilangsungkan di Sweden ketika itu. Tetapi pasukan Denmark dipanggil bagi menggantikan pasukan Yugoslavia yang disingkirkan daripada kejohanan kerana konflik perang yang sedang berlaku dalam negara tersebut. Akan tetapi, Denmark berdepan dilema apabila pemain bintang mereka yang juga adik-beradik, Brian dan Michael Laudrup enggan untuk mewakili pasukan kebangsaan mereka kerana konflik dengan jurulatih Denmark ketika itu, Richard Moller-Nielsen. Pada akhirnya, hanya Brian yang mahu bermain. Denmark menewaskan Belanda dalam perlawanan separuh akhir menerusi sepakan penalti. Pada perlawanan akhir pula, Denmar menewaskan pasukan Jerman. Mereka muncul juara UEFA EURO 1992 dengan status pasukan gantian sekaligus “underdog”.

2. Greece: Juara UEFA EURO 2004
Pasukan Greece diundi dalam kumpulan maut ketika kejohanan UEFA EURO 2004 bersama Portugal, Sepanyol dan Rusia dalam kumpulan A. Greece mengejutkan pasukan tuan rumah, Portugal pada perlawanan pertama dengan menang 1-0. Pada peringkat suku akhir, Greece menewaskan juara bertahan, Perancis. Di peringkat separuh akhir pula, Greece menyingkirkan Republik Cezch menerusi “gol emas”. Greece sekali lagi bertemu Portugal tetapi kali ini dalam perlawanan akhir. Greece mengejutkan dunia dengan menewaskan Portugal 1-0.

3. Iraq: Juara Piala Asia 2007
Pasukan Iraq dianggap bukan pasukan pilihan untuk menjadi juara ketika itu. Para peminat bola sepak Asia lebh memilih pasukan Jepun, Korea Selatan, Iran dan Arab Saudi untuk muncul juara memandangkan mereka beraksi di Piala Dunia 2006. Tetapi Iraq membuktikan sebaliknya. Iraq menewaskan Arab Saudi 1-0 hasil jaringan ketua pasukan legenda mereka, Younis Mahmood.

6 Pasukan “underdog” yang akan beraksi di Piala Dunia 2018. Baca di sini

4. Chile: Juara Copa America Centenario 2016
Ketika temasya Copa America Centenario 2016, pasukan yang diramal bakal menjadi juara adalah Brazil, Argentina dan Uruguay. Akan tetapi, Chile membuat kejutan dalam kejohanan tersebut. Alexis Sanchez dan kawan-kawan menewaskan Argentina dalam perlawanan akhir. Perlawanan akhir inilah yang membuatkan Lionel Messi bersara daripada mewakili Argentina.

5. Malaysia: Juara Piala AFF Suzuki 2010
Pasukan muda negara ketika temaysa Piala AFF Suzuki 2010 tidak dianggap sebagai pilihan juara. Thailand, Indonesia, Singapura dan Vietnam antara pasukan yang dicanang sebagai juara. Namun, anak-anak muda bimbingan Datuk K.Rajagopal ketika itu mengejutkan bola sepak Asia Tenggara apabila menewaskan Indonesia dalam perlawanan akhir. Safee Sali muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan 5 gol.

Itulah 5 pasukan kebangsaan yang dianggap pasukan “underdog” tetapi berjaya memenangi kejuaraan yang disertai. Tidak mustahil pasukan negara bawah 22 tahun untuk mengikuti jejak pasukan di atas dalam kejohanan Piala Asia Bawah 22 Tahun.

Apa pendapat anda ? Mampukah anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee mengikut jejak 5 pasukan di atas ?

Baca Juga: Mampukah Malaysia Mengikuti Jejak Iceland Dan Costa Rica

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *