5 Pasukan Thai League Yang Boleh Disertai Hafizul Hakim

Penjaga gol pasukan kebangsaan, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy menyatakan hasrat untuk beraksi di luar negara setelah didekati oleh individu yang menanyakan tentang minat beliau untuk beraksi di Thailand.

Di sini, penulis nak senaraikan 5 pasukan Thai League yang boleh disertai oleh penjaga gol berusia 25 tahun ini.

1. Bangkok United

Sumber Gambar: Bangkok United

Bangkok United menjadi naib juara Thai League 1 musim ini akan beraksi di pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia 2019 pusingan kedua musim hadapan. Beraksi di peringkat tertinggi bermakna Hafizul mampu untuk meningkatkan lagi kualiti beliau.

2. Muanthong United

Sumber Gambar: Muanthong United

Muanthong menamatkan saingan Thai League 1 2018 di tangga keempat. Sudah pasti Muanthong mahu mencari penjaga gol bekualiti bagi memperbaiki prestasi mereka musim hadapan dan Hafizul dilihat calon yang sesuai.

3. Chiangrai United

Sumber Gambar: Chianrai United

Chiangrai United berjaya memenangi tiga kejuaraan musim ini iaitu Piala FA, Piala Liga dan Thailand Champions Cup. Setelah memenang tiga kejuaraan ini, pengurusan Chiangrai sudah pasti mahu mencari pemain terbaik terutamanya di bahagian gol bagi mengekalkan momentum pasukan musim hadapan.

4. PTT Rayong

Sumber Gambar: PTT Rayong

PTT Rayong berjaya muncul juara Thai League 2 musim ini sekaligus melayakkan diri untuk beraksi dalam saingan Thai League 1 musim hadapan. Untuk mengekalkan status mereka, sudah pasti pengurusan pasukan mahu membawa masuk pemain terbaik dan Hafizul dilihat sesuai untuk mengisi posisi penjaga gol utama pasukan.

5. Port FC

Sumber Gambar: Port FC

Port FC menamatkan saingan Thai League 1 musim 2018 di tangga ketiga. Sudah pasti mereka mahu mencabar kedudukan pasukan teratas dan untuk berbuat demikian, pengurusan pasukan akan membawa masuk pemain yang berkualiti di setiap bahagian.

Itulah dia 5 pasukan Thai League yang menjadi destinasi sesuai jika Hafizul Hakim mahu berkelana ke negara yang mempunyai sistem liga terbaik di Asia Tenggara ketika ini.

Apa yang pasti, jika ada tawaran untuk beraksi di luar negara, Hafizul Hakim tidak perlu berfikir panjang dan menerima tawaran tersebut bagi memantapkan lagi kualiti beliau.

Baca Juga: PAFA Gugurkan Enam Pemain

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *