5 Pasukan Yang Boleh Disertai Rozaimi Abdul Rahman
- Liga Super
- Oct 2, 2018
- No comment
Masa depan Rozaimi Abdul Rahman bersama Johor Darul Ta’zim masih belum diketahui sama ada beliau akan kekal bersama skuad Harimau Selatan ataupun tidak. Di sini, kami senaraikan 5 pasukan yang boleh disertai Rozaimi jika beliau memilih untuk berhijrah.
1. PKNS FC
Sumber Gambar: PKNS FC
PKNS yang dibimbing oleh jurulatih berpengalaman, Datuk K.Rajagopal dlihat mampu untuk mengembalikan prestasi Rozaimi seperti sebelum ini. Bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali berjaya menemui semula retak sejak beraksi di bawah bimbingan Coach Raja.
2. Selangor
Sumber Gambar: FA Selangor
Rozaimi pernah beraksi bersama Selangor secara pinjaman selama enam bulan pada musim 2012. Dengan barisan kejurulatihan dan juga pemain yang mungkin dibarisi muka baharu musim hadapan, Rozaimi boleh mencuba nasib bersama Selangor musim hadapan.
3. Kedah
Sumber Gambar: Kedah FA
Dengan Akhyar Rashid yang dikhabarkan semakin hampir untuk meninggalkan pasukan, Rozaimi dilihat pengganti yang ideal untuk mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh Akhyar.
4. Felda United
Sumber Gambar: Felda United
Beraksi dalam saingan Liga Super musim hadapan membuatkan Felda harus membawa masuk pemain yang mempunyai kualiti bagi mengelakkan mereka kembali jatuh ke saingan Liga Perdana. Rozaimi mampu untuk mengukuhkan lagi pasukan Felda dengan kualiti serta pengalaman yang dimiliki.
5. Felcra FC
Sumber Gambar: Felcra FC
Sama seperti Felda, Felcra FC akan beraksi dalam saingan Liga Super musim hadapan dan mereka perlukan pemain yang berkualiti untuk menjamin status mereka dalam saingan Liga.
Itulah 5 pasukan yang menurut kami boleh disertai oleh Rozaimi Abdul Rahman bagi saingan musim 2019 dalam usaha untuk mengembalikan semula prestasi beliau seperti sebelum ini.
Apa yang pasti, Rozaimi perlu menyertai pasukan yang boleh menjanjikan beliau tempat dalam kesebelasan utama kerana penting untuk beliau mendapat minit bermain yang cukup.
Apa pendapat anda mengenai 5 pasukan yang kami pilih di atas ? Pasukan manakah yang mampu untuk mengembalikan semula prestasi Rozaimi sekaligus kembali menjadi pemain yang disegani dalam saingan Liga Malaysia ?
Baca Juga: Kemana Destinasi Rozaimi Abdul Rahman Seterusnya ?