5 Pemain Alternatif Bagi Ronaldinho
- Piala Malaysia
- Aug 23, 2018
- No comment
Hasrat Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang mahu membawa masuk Ronaldinho masih lagi menjadi bualan peminat bola sepak tanah air. Di sini, kami senaraikan pemain yang boleh dijadikan alternatif oleh PAFA bagi memperkuatkan pasukan bagi menghadapi cabaran di saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) berbanding mengambil khidmat Ronaldinho.
1. Rufino Segovia
Sumber Gambar: FA Selangor
Rufino menjadi penjaring terbanyak saingan Liga Super musim ini dengan torehan 19 gol. Pengalaman Rufino bersama kelab Hong Kong, Kitchee FC yang pernah melalui cabaran peringkat kelayakan UCL 2017 dilihat mampu untuk membantu Perak.
2. Diogo Luis Santo
Sumber Gambar: Goal.com
Penyerang kelahiran Brazil ini sudah beraksi selama empat musim bersama juara bertahan Thai League 1, Buriram United. Bagi saingan musim 2018, Diogo telah menjaringkan 26 gol setakat ini.
Selain catatan gol Diogo yang dianggap cemerlang, pengalaman beraksi dalam kancah ACL edisi 2015 bersama Buriram dilihat boleh membantu pasukan Perak mengharungi cabaran peringkat kelayakkan.
3. Florent Sinama-Pongolle
Sumber Gambar: Evening Standard
Bekas pemain Liverpool dan Athletico Madrid ini dikhabarkan berminat untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia. Pengalaman yang dimiliki Sinama sewaktu beraksi bersama Liverpool dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah boleh dimanfaatkan Perak untuk mengukuhkan barisan serangan.
4. Omar Kharbin
Sumber Gambar: Fifa.com
Omar Kharbin yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan pasukan Kelantan musim 2018 menjadi penjaring terbanyak AC edisi 2017 dengan 10 gol berjaya dijaringkan oleh beliau.
Masih lagi berusia 24 tahun dan memunyai pengalaman yang luas beraksi di pentas terbesar di Asia, Kharbin dilihat pemain yang sesuai untuk mengemudi jentera serangan Perak musim hadapan.
5. Carlos Adriano de Sousa Cruz
Sumber Gambar: IFFHS
Sama seperti Kharbin, Adriano juga pernah menjadi penjaring terbanyak kejohanan ACL tepatnya pada edisi 2016. Tiga belas gol yang dijaringkan beliau berjaya membantu FC Seoul mara ke peringkat separuh akhir sebelum tewas di tangan juara, Jeonbuk Hyundai Motor.
Itulah dia lima pemain yang boleh dijadikan alternatif oleh PAFA berbanding mengambil khidmat Ronaldinho untuk menguatkan pasukan bagi menghadapi cabaran peringkat kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim hadapan.
Kelima-lima pemain dilihat mempunyai kelebihan dan juga pengalaman yang diperlukan oleh Perak bagi memastikan mereka layak beraksi di pentas terbesar kelab Asia itu.
Apa pendapat anda mengenai lima pemain yang boleh dijadikan alternatif oleh PAFA berbanding mengambil khidmat Ronaldinho ? Pemain mana yang sesuai dengan corak permainan Perak ?
Baca Juga: Lupakan Ronaldinho, Cari Pemain Lain