5 Pemain Bintang Yang Pernah Bermain Untuk Selangor Dan Pahang
- Liga Super
- Feb 23, 2018
- No comment
Pertembungan antara pasukan Pahang menentang Selangor dalam perlawanan minggu keempat Liga Super 2018 dianggap satu perlawanan yang klasik oleh peminat bola sepak Malaysia. Selain daripada pertarungan di dalam padang, perkara di luar padang juga sering menghangatkan pertembungan kedua-dua pasukan. Di sini, kami akan menyenaraikan 5 pemain bintang yang pernah bermain untuk pasukan Selangor dan Pahang dalam karier mereka.
1. Zainal Abidin Hassan
Sumber Gambar: PES Malaysia Start
Pemain ini mencipta mula nama bersama pasukan Pahang pada zaman 1980-an. Ketika itu, Zainal bermain di posisi pertahanan. Selepas beliau memutuskan untuk menyertai Selangor, beliau diletakkan di posisi penyerang oleh jurulatih Selangor ketika itu. Dan beliau menyerlah di posisi baru tersebut. Zainal juga pernah membimbing Pahang dan juga Selangor dalam karier kejurulathan beliau.
2. Dollah Saleh
Sumber Gambar: Kisah Raimi
Dollah Saleh mewakili pasukan Selangor pada tahun 1987 hingga 1990 sebelum memutuskan untuk menyertai pasukan Pahang pada 1991. Beliau sekali lagi membentuk gandingan mantap bersama Zainal Abidin Hassan di posisi serangan. Sama seperti Zainal, Dollah juga pernah membimbing Selangor dan juga Pahang.
3. Razman Roslan
Sumber Gambar: Iniblogke
Razman memulakan karier bola sepak profesional beliau bersama Selangor. Razman mewakili Selangor selama 7 musim sebelum menyertai pasukan Pahang pada 2013. Setelah bersama Pahang selama 3 musim, Razman akhirnya pulang ke pangkuan Selangor pada 2016 dan saat ini beliau diangkat menjadi ketua pasukan.
4. Hafiz Kamal
Sumber Gambar: Semuanya Bola
Hafiz Kamal bermain untuk pasukan Pahang selama 3 musim. Pada 2016, pemain yang terkenal dengan sepakan kaki kiri yang tajam ini mengikut jejak Zainal Abidin Hassan dengan menyertai pasukan Selangor. Namun, Hafiz hanya bermain selama satu musim.
5. R.Gopinathan
Sumber Gambar: Goal.com
Pemain sayap lincah ini mempunyai musim yang gemilang bersama Pahang. Beliau mewakili Pahang selama 5 musim sebelum menyertai Selangor pada 2016. Namun, Gopi hanya beraksi selama satu musim saja bersama Selangor. Ketika ini, beliau mewakili pasukan Melaka United.
Haa itulah dia 5 pemain bintang yang pernah bermain pasukan Pahang dan juga Selangor. Apa pendapat anda ? Ketika mewakili pasukan mana pemain di atas ini beraksi dengan cemerlang ? Mari kongsikan pendapat anda bersama kami.
Baca Juga: 5 Detik Menarik Antara Pahang Dan Selangor