5 Pemain Import Kedah Yang Layak Digelar Sebagai Legenda

Kecoh satu Malaysia apabila pemain tengah Kedah, Liridon Krasniqi menggelarkan diri sebagai legenda pasukan. Di sini, kami senaraikan 5 pemain import Kedah yang lebih layak untuk digelar sebagai legenda pasukan.

1. Marlos Alex James

Sumber Gambar: Semuanya Bola

Tidak lengkap rasanya jika kita tidak memasukkan Marlon dalam topik perbincangan apabila mengulas mengenai pasukan Kedah. Sepanjang dua musim bersama Kedah iaitu pada 2006 dan 2007, Marlos berjaya menjaringkan 44 gol.

Akan tetapi, beliau terpaksa meninggalkan Kedah pada musim berikutnya kerana FAM tidak membenarkan penggunaan pemain import.

2. Nelson Sam Martin

Sumber Gambar: Cerita Hijau Kuning

Sama seperti Marlon, Nelson hanya beraksi dua musim bersama Kedah sebelum terpaksa meninggalkan pasukan. Gandingan mantap antara Nelson bersama Marlon berjaya memberikan double treble buat pasukan Kedah.

3. Andre Luis Nascimento

Sumber Gambar: Chedinsphere.blogspot

Andre Luis Nascimento menjadi watak penting pasukan Kedah pada musim 1996 dimana pemain ini berjaya membantu Kedah menenangi Piala FA edisi 1996 dengan menewaskan pasukan Sarawak pada perlawanan akhir dan menjadi naib juara Liga Perdana 1 musim 1996.

4. Cornelius Bernard Huggins

Sumber Gambar: KedahLani.info

Cornelius Bernard Huggins disamping Marlon Alex James dan Nelson Sam Martin berganding bahu dalam memastikan Kedah meraih Double Treble pada musim 2006 dan 2007. Keampuhan Huggins di barisan pertahanan Kedah berjaya mengelakkan pintu gol pasukan daripada dibolosi oleh pemain lawan.

5. Olubunmi Adigun

Sumber Gambar: Kelab Pecinta Sejarah Kedah FA

Olubunmi Adigun tampil dengan cemerlang di bahagian pertahanan pasukan dan beliau berjaya membantu Kedah memenangi dua kejuaraan Piala Malaysia pada 1990 dan 1993 serta kejuaraan Liga Divisyen 2 pada 1992.

Itulah dia 5 pemain import Kedah yang layak diangkat sebagai legenda pasukan di atas pencapaian dan juga karakter mereka di dalam dan luar padang. Kelima-lima pemain ini merupakan nadi utama dalam kejayaan pasukan Kedah meraih kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia sebelum ini.

Apa pendapat anda mengenai 5 bekas pemain import pasukan Kedah di atas ? Layakkah mereka digelar sebagai legenda pasukan di atas pencapaian bersama skuad Hijau Kuning sebelum ini ?

Baca Juga: Baddrol Bakhtiar Legenda Sebenar – TMJ

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *