5 Pemain Import: Menjejaskan Peluang Pemain Muda ?
- Liga Super
- Jan 15, 2018
- No comment
Apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia mengumumkan bahawa mereka menambah kuota pemain import menjadi lima pemain bagi saingan iga Malaysia musim 2018, keputusan ini mendapat reaksi yang berbeza daripada peminat bola sepak Malaysia. Ada yang menyokong langkah ini dan ada juga yang menentang. Tetapi di sini kami mempunyai persoalan kami sendiri. Adakah dengan adanya 5 pemain import boleh menjejaskan peluang pemain muda untuk tampil di kesebelasan utama ?
Dengan adanya 5 pemain import di atas padang, bermakna tinggal 6 lagi tempat yang tinggal untuk direbut oleh pemain tempatan. Situasi ini sudah jelas memperkecil peluang pemain muda untuk tampil dalam kesebelasan utama. Kami bagi contoh kepada anda. Akhyar Rashid adalah penyerang muda pasukan Kedah yang berpotensi. Akan tetapi, peluang beliau untuk tampil dalam kesebelasan utama agak tipis kerana di bahagian serangan, Kedah mempunyai dua pemain import iaitu Sandro Da Silva dan Pablo Pallares. Di bahagian sayap pula, Baddrol Bakhtiar dan Syazwan Zainon masih lagi dalam prestasi terbaik mereka dan sudah pasti menjadi pilihan utama Ramon Marcote. Bila Akhyar dapat bermain kalau macam ni ? Situasi ini bukan saja dihadapi oleh Akhyar tetapi juga pemain muda lain seperti Safawi Rasid dan Hadi Fayyadh.
Sumber Gambar: FourFourTwo
Mentaliti segelintir jurulatih juga tidak membantu dalam situasi ini. Mereka lebih cenderung untuk menggunakan khidmat semua pemain import yang mereka ada dalam kesebelasan utama. Bagi mereka pemain muda ini dilihat sebagai pemain gantian pada 15 atau 10 minit terakhir perlawanan. Jelas sekali mentaliti ini harus diubah! Ambil contoh P.Maniam. Musim lalu P.Maniam mengambil langkah untuk memberikan pemain muda seperti Syahmi Safari, K.Kannan dan A.Namathevan untuk bermain dalam kesebelasan utama. Dan mereka berjaya tampil cemerlang. Kalau P.Maniam boleh berbuat sedemikian, mengapa jurulatih lain tak boleh ?
Pemain muda negara sekarang ini sedang berada dalam prestasi yang baik. Sanggupkah kita merosakkan rentak yang indah ini ? Sanggupkah kita melihat pemain muda kita hanya memanaskan bangku simpanan dan seterusnya berkarat, tidak tajam seperti dulu ?
Baca juga: 5 Pemain Bawah 20 Tahun Yang Mampu Menggegar Liga Malaysia