5 Pemain Import Yang Harus Diberi Perhatian Minggu Ini

Perlawanan minggu keempat Unifi Liga Super 2018 menjadi medan yang penting untuk beberapa pasukan bagi memastikan mereka kekal bersaing dalam saingan Liga musim ini. Pasukan seperti Kelantan dan juga Negeri Sembilan perlukan kemenangan bagi meredekan sedikit tekanan dalam pasukan. Di sini, kami ingin memberikan kepada anda 5 pemain yang harus diberi perhatian dalam perlawanan minggu keempat Liga Super 2018.

1. Mohammed Ghaddar

Sumber Gambar: Utusan Online

Kembalinya Ghaddar ke pasukan Kelantan nyata memberi harapan baru buat peminat mereka. Perlawanan menentang Perak akan menjadi perlawanan pertama buat Ghaddar musim ini. Mampukah Ghaddar menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Perak ? Sama-sama kita saksikan.

2. Pablo Pallares

Sumber Gambar: Kedah FA

Pablo Pallares dikritik oleh peminat Kedah kerana ketumpulan penyerang ini di hadapan gol. Setakat ini, Pallares hanya menjaringkan satu gol dalam saingan Liga. Kami berpendapat perlawanan menentang PKNS hari ini adalah medan penting buat Pallares.

3. Lee Tuck

Sumber Gambar: Terengganu FC

Peman tengah bertenaga Terengganu FC ini menjadi sorotan pada perlawanan minggu lalu apabila menjaringkan dua gol bertaraf dunia ketika menentang Selangor. Perlawanan menentang Negeri Sembilan ini lebih istimewa kerana Tuck mewakili Negeri Sembilan musim lalu. Mampukah Lee Tuck yang selalu “tuck in” baju ini menyinar sekali lagi ?

4. Rufino Segovia

Sumber Gambar: FAS

Rufino ketika ini menjadi penjaring terbanyak Liga dengan 4 gol. Beliau berkongsi takhta tersebut bersama penyerang Terengganu FC, Kipre Tchetche. Mampukah Rufino meneruskan rekod jaringan beliau apabila Selangor menentang pasukan Pahang ?

5. Rafael Ramazotti

Sumber Gambar: PKNS FC

Penyerang PKNS FC ini sedang dalam prestasi terbaik ketika ini. Beliau menjaringkan dua gol ketika PKNS menewaskan Perak pada perlawanan lalu dan menghuni tangga teratas Liga. Mampukah Ramazotti memastikan PKNS tetap kukuh di atas ? Sama-sama kita saksikan.

Haa itulah 5 pemain import yang menurut kami perlu diberi perhatian pada perlawanan minggu keempat Unifi Liga Super 2018. Kelima-lima pemain ini mempunyai misi yang tersendiri bagi pasukan masing-masing. Apa pendapat anda ? Anda ada pemain lain yang boleh dimasukkan dalam senarai di atas ? Mari kongsikan dengan kami.

Baca Juga: Siapa Raja Di Borneo ?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *