5 Pemain Kacukan Yang Boleh Diberi Peluang Oleh Tan Cheng Hoe
- Harimau Malaya
- Feb 21, 2018
- No comment
Cadangan supaya pemain kacukan diberi peluang untuk tampil dalam skuad kebangsaan sudah lama kedengaran. Setakat ini, kita sudah melihat beberapa pemain kacukan yang tampil untuk skuad kebangsaan. Setelah jawatan ketua jurulatih skuad negara diberikan kepada Tan Cheng Hoe, perkara ini kembali kedengaran. Jadi, di sini kami nak senaraikan 5 lagi pemain kacukan yang boleh diberi peluang oleh Tan Cheng Hoe untuk mewakili Malaysia.
1. Khair Jefri Jones
Pemain pertahanan Melaka United ini telah mewakili skuad kebangsaan sebanyak 4 kali ketika Malaysia dibimbing oleh Datuk Ong Kim Swee. Setelah itu, beliau dilihat jarang disenaraikan untuk mewakili pasukan kebangsaan. Tan Cheng Hoe mungkin boleh memberikan pemain ini peluang untuk tampil sekali lagi bersama pasukan negara.
2. La’Vere Corbin-Ong
Sumber Gambar: Johor Southern Tigers
Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim ini digelar “Marcelo Malaysia” kerana gaya permainan beliau yang agak mirip dengan pemain Brazil itu. Corbin menjadi pemain kacukan terbaru yang bermain di Liga Malaysia musim ini. Kami berpebdapat Tan Cheng Hoe boleh mmeberikan Corbin peluang untuk tampil.
3. Daniel Ting
Sumber Gambar: The Set Pieces
Pemain PKNS FC ini mampu untuk bermain sebagai pemain pertahanan kiri dan juga sayap kiri. Ting sudah bermain di Liga Malaysia sejak 2015. Beliau juga belum pernah mewakili Malaysia sebelum ini. Jadi, tahun ini mungkin Tan Cheng Hoe boleh memberikan pemain ini peluang.
4. Nicolas Swirad
Sumber Gambar: MUSA
Seorang lagi pemain pertahanan Melaka United yang belum mewakili pasukan kebangsaan. Setakat ini, Swirad bermain denga baik di bahagian pertahanan pasukan Melaka. Jadi, kami rasa ada bagusnya apabila Tan Cheng Hoe memberikan Swirad peluang untuk tampil bersama skuad kebangsaan.
5. Shazalee Ramlee
Sumber Gambar: JST
Ketika ini Shazalee Ramlee mewakili pasukan Sarawak dalam saingan Liga Perdana. Sebelum ini, pemain tengah berdarah Australia-Malaysia ini pernah bermain bersama JDT II, Pulau Pinang dan Kuantan FA. Jika Tan Cheng Hoe mahukan kelainan di bahagian tengah, mungkin beliau boleh memilih Shazalee untuk bermain di bahagian tersebut.
Haa itulah dia 5 pemain kacukan yang boleh diberikan oleh Tan Cheng Hoe untuk tampil mewakili skuad kebangsaan. Mungkin dengan gabungan pemain sedia ada dengan pemain kacukan di atas mampu untuk menjulang skuad kebangsaan pada masa akan datang.