5 Pemain Tengah Asean Yang Wajar Diberi Perhatian Oleh Pasukan Liga M.
- Liga Super
- Nov 26, 2017
- No comment
Pada artikel kami sebelumnya, kami mengetengahkan 5 pemain pertahanan Asean yang berpotensi bermain di Liga Malaysi amusim hadapan. Pada penulisan kali ini, kami akan mengetengahkan 5 pemain tengah Asean yang berpotensi untuk bermain dalam saingan Liga Malaysia.
1. Stefano Lilipaly.
Kredit Gambar: Tribun News
Pemain tengah kelahhiran Belanda ini berusia 27 tahun. Beliau memilih untuk mewakili Indonesia ketika kejohanan Piala AFF Suzuki 2016. Lilipaly memulakan karier bola sepak beliau bersama FC Utrecht pada 2010. Pada musim 2017, beliau mewakili SC Caambur dalam saingan Liga Belanda sebelum membuat keputusan untuk menyertai Bali United dalam saingan Liga 1 Indonesia. Pengalaman yang ada pada beliau boleh digunakan oleh pasukan yang berminat mendapatkan tandatangan beliau.
2. Sarach Yooyen.
Kredit Gambar: The Sandpit
Pemain tengah kelab Muanthong United ini berusia 25 tahun. Beliau memulakan karier bola sepak bersama pasukan Assumption College Thonburi. Yooyen juga tersenarai dalam kesebelasan terbaik pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2016 lalu. Beliau dan Stefano Lilipaly dianggap sebagai pemain tengah terbaik kejohanan.
3. Nguyen Trong Hoang
Sama seperti Stefano Lilipaly dan Sarach Yooyen, Trong Hoang juga disenaraikan dalam kesebelasan terbaik kejohanan Piala AFF Suzuki 2016 lalu. Nguyen Trong Hoang berusia 28 tahun dan musim ini beliau mewakili FLC Thanh Hoa dalam saingan Liga Vietnam. Mampu bermain sebagai pemain tengah menyerang, beliau cemerlang membantu Vietnam mara sehingga peringkat separuh akhir sebelum dikecewakan Indonesia.
4. Evan Dimas
Kredit Gambar: Goal.com
Pemain tengah Indonesia ini baru berusia 22 tahun. Beliau berjaya membantu pasukan Bhayangkara FC memenangi Liga 1 Indonesia. Beliau menyinar dalam kejohanan Sukan SEA 2017 dengan membantu Indonesia mara ke peringkat separuh akhir. Evan pernah menimba ilmu di Sepanyol bersama Espanyol B. Pasukan Selangor dikhabarkan menjadi destinasi beliau musim hadapan. Selain Evan, Selangor turut mengincar rakan pasukan Evan iaitu Ilham Udin Armayn.
5. Charyl Chappuis
Kredit Gambar: FourFourTwo
Nama Charyl Chappuis mula dikenali di peringkat Asean apabila beliau beraksi cemerlang dalam kejohanan Piala AFF Suzuki edisi 2014. Pemain kelahiran Switzerland ini memulakan karier bola sepak beliau bersama pasukan Grasshoppers. Musim ini, beliau mewakili pasukan Muanthong United dalam saingan Liga Thailand.
Demikianlah senarai pemain tengah yang menurut kami wajar diberikan perhatian oleh pasukan dalam Liga Malaysia. Anda ada cadangan selain daripada pemain di atas ? Kongsikan bersama kami.