5 Pemain Yang Boleh Menggantikan Ousmane Dembele

Berita buruk melanda kem Perancis apabila pemain sayap mereka, Ousmane Dembele mengalami kecederaan lutut kanan ketika membantu Barcelona menewaskan Real Sociedad 1-0 semalam. Jika Dembele gagal untuk pulih menjelang temasya Piala Dunia, di sini penulis senaraikan 5 pemain yang boleh menggantikan tempat beliau dalam pasukan Perancis.

1. Anthony Martial

Sumber Gambar: Zimbio

Pemain sayap Manchester United ini mempunyai musim yang tidak menentu bersama Red Devils musim ini. Namun, nama Martial patut dipertimbangkan jika Dembele gagal untuk pulih menjelang sepak mula.

2. Dimitri Payet

Sumber Gambar: Daily Telegraph

Ketua pasukan Marseille ini mempunyai musim yang cemerlang apabila beliau menjadi pemain dengan assist terbanyak di samping Neymar dan Memphis Depay dalam saingan Ligue 1 dengan 13 assist. Payet mampu untuk bermain di bahagian sayap dan boleh dipertimbangkan bagi menggantikan Dembele.

3. Alexandre Lacazette

Sumber Gambar: The Guardian

Penyerang Arsenal ini berjaya menjaringkan 14 gol dalam musim sulung beliau di Liga Perdana Inggeris. Walaupun ia satu rekod yang baik, namun Lacazette disisihkan daripada skuad Piala Dunia Perancis. Jika kecederaan Dembele berterusan, maka Lacazette boleh diberi peluang untuk mengisi tempat yang bakal ditinggalkan oleh Dembele.

4. Kingsley Coman

Sumber Gambar: nmtchartering.com

Pemain beruusia 21 tahun ini berjaya membantu Bayern Munich mengekalkan kejuaraan Bundesliga musim ini. Walaupun begitu, beliau tidak dianggil oleh Didier Deschamps untuk menyertai pasukan Perancis. Penulis berpendapat Coman wajar dipanggil dan mengisi tempat di bahagian sayap.

5. Moussa Sissoko

Sumber Gambar: Chronicle Live

Pemain sayap Tottenham Hotspur ini tidak mempunyai musim yang baik seperti mana empat calon di atas. Namun, penulis berpendapat Sissoko masih lagi boleh diberi peluang untuk tampil pasukan utama pasukan kebangsaan Perancis.

Itulah 5 pemain yang boleh dipanggil oleh Didier Deschamps jika Ousmane Dembele tidak berjaya pulih daripada kecederaan lutut kanan menjelang sepak mula Piala Dunia 2018 pada 14 Jun hadapan. Ini adalah kelebihan jika sesebuah pasukan mempunyai poll of player yang ramai.

Baca Juga: 6 Jersi Home Piala Dunia 2018 Terbaik Pilihan Inikan Bola

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *