5 Pemain Yang Boleh Mengukuhkan Benteng Pertahanan Selangor
- Liga Super
- Sep 27, 2018
- No comment
Perjalanan pasukan Selangor dalam saingan Piala Malaysia 2018 berakhir di peringkat kumpulan. Jadi, mereka mempunyai lebih masa untuk membuat persiapan berbanding pasukan-pasukan yang mara ke peringkat suku akhir. Di sini, kami senaraikan 5 pemain pertahanan yang boleh memantapkan barisan pertahanan Selangor musim hadapan.
1. Kamal Azizi
Sumber Gambar: Terengganu FC
Kamal Azizi menjadi wira yang tidak didendang pasukan Terengganu FC dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Persembahan yang mantap di posisi pertahanan kanan pasukan banyak membantu TFC musim ini.
Dengan adanya Azizi, right back pasukan Selangor boleh diperbaiki kerana posisi tersebut seringkali menghadirkan masalah kepada pasukan.
2. Syazwan Andik
Sumber Gambar: FAM
Pemain pertahanan Kuala Lumpur ini menampilkan aksi yang baik ketika bersama skuad bawah 23 tahun dan skuad senior negara. Kualiti yang dimiliki oleh Syazwan dilihat boleh dijadikan sebagai jalan penyelesaian kepada mimpi ngeri pasukan Selangor di posisi pertahanan kiri.
3. Fazly Mazlan
Sumber Gambar: FAM
Fazly pernah dilabel sebagai left back terbaik yang pernah dimiliki oleh negara di era moden ini. Sama seperti Syazwan Andik, kualiti yang dimiliki oleh Fazly boleh membantu menguatkan bahagian pertahanan Selangor.
4. Shahrul Saad
Sumber Gambar: Perak TBG
Shahrul menjadi antara pertahanan tengah tempatan terbaik dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Gandingan Shahrul dengan pemain muda ataupun pemain import semasa dalam pasukan Selangor ketika ini dilihat mampu untuk mengukuhkan lagi benteng pasukan.
5. Irfan Zakaria
Sumber Gambar: KL Hawks
Pemain yang satu ini mampu untuk beraksi sebagai pemain tengah dan juga pemain pertahanan. Irfan boleh diturunkan di posisi pertahanan tengah ataupun diturunkan sebagai pemain tengah bertahan bagi melindungi barisan pertahanan.
Itulah dia 5 pemain pertahanan yang menurut kami boleh menyelesaikan kemelut di bahagian pertahanan pasukan Selangor pada saingan musim hadapan. Penting untuk mereka menyelesaikan masalah di posisi tersebut kerana musim ini mereka banyak kehilangan mata disebabkan barisan pertahanan yang mudah dibolosi dan tidak mampu untuk menyekat pergerakan pihak lawan.
Baca Juga: Safiq Rahim Kembali Ke Lembah Klang ?