5 Pemain Yang Harus Dipanggil Tan Cheng Hoe
- Harimau Malaya
- Oct 18, 2018
- No comment
Peningkatan skuad kebangsaan pada perlawanan menentang Kyrgyzstan masih lagi menjadi bualan peminat bola sepak tanah air. Di sini, kami senaraikan 5 pemain yang harus dipanggil Tan Cheng Hoe dalam skuad yang akan menentang pasukan Maldives pada perlawanan persahabatan terakhir.
1. Natxo Insa
Sumber Gambar: FAM
Pemain tengah kacukan Johor Darul Ta’zim ini hanya sekali sahaja menyarung jersi skuad kebangsaan setakat ini iaitu pada perlawanan menentang Mongolia. Kehadiran Natxo di bahagian tengah dilihat mampu untuk memperkemaskan lagi bahagian tersebut.
2. Nor Azam Azih
Sumber Gambar: mStar
Satu lagi pemain yang dilihat mampu untuk meningkatkan kualiti bahagian tengah pasukan negara. Kelibat Azam bersama pasukan senior masih belum kelihatan dan Tan Cheng Hoe boleh memanggil beliau pada perlawanan persahabatan yang seterusnya.
3. Faiz Nasir
Sumber Gambar: Terengganu FC
Pemain sayap lincah terengganu FC ini menampilkan prestasi yang cemerlang dalam saingan Piala Malaysia 2018. Nama Faiz boleh dipertimbangkan untuk dipanggil bagi beraksi bersama pasukan kebangsaan dan Cheng Hoe boleh menilai sejauh mana kemampuan pemain yang digelar “Messi Terengganu” ini.
4. La’Vere Corbing-Ong
Sumber Gambar: JST
Sejak menyertai Johor Darul Ta’zim awal musim ini, peminat masih lagi ternanti-nanti aksi Corbin bersama pasukan kebangsaan. Ketika Tan Cheng Hoe mula mengambil alih sebagai jurulatih, beliau memanggil Corbin bagi perlawanan menentang Mongolia.
Namun Corbin terpaksa diketepikan kerana kecederaan. Kali ini, beliau mempunyai peluang untuk tampil bersama pasukan kebangsaan.
5. Syahrul Azwari
Sumber Gambar: MUSA
Syahrul menampilkan satu kebangkitan apabila beliau menyertai Melaka United pada pertengahan musim ini. Cheng Hoe boleh mempertimbangkan Syahrul sebagai antara pemain sayap yang perlu dipanggil pada perlawanan menentang Maldives.
Itulah dia 5 pemain yang menurut kami harus dipanggil oleh Tan Cheng Hoe dalam skuad yang akan menentang pasukan Maldives pada 3 November nanti. Perlawanan persahabatan terakhir ini perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh Tan Cheng Hoe bagi mencari pemain yang tepat untuk dibawa bagi menghadapi saingan Piala AFF Suzuki 2018.
Baca Juga: Peluang Malaysia Rangkul Piala AFF Cerah