5 Pemain Yang Patut Diberi Perhatian Musim Hadapan.

Liga Malaysia pada musim 2017 nyata memberi keterujaan dan kejutan yang tersendiri kepada para peminat. Musim ini juga kita dapat melihat ramai bakat-bakat baharu yang mula menunjukkan prestasi cemerlang mereka baik dalam saingan Liga Super atau Liga Perdana. Dalam penulisan kali ini, kami ingin mengumpulkan 5 pemain yang akan menjadi tumpuan para peminat Liga Malaysia pada musim akan datang.

1. Adam Nor Azlin.

Kredit Gambar: FourFourTwo

Adam Nor Azlim merupakan soerang pemain yang mampu untuk bermain di setiap posisi. Namun, pada pertengahan musim ini, jurulatih Selangor, P.Maniam meletakkan adam bermain sebagai pertahanan tengah. Dan perjudian tersebut berbaloi. Beliau cemerlang bermain sebagai pertahanan tengah bagi Selangor dan skuad Bawah 22 tahun negara ketika Sukan SEA 2017. Musim hadapan pastinya beliau akan menjadi tumpuan para peminat.

2. Shahrel Fikri.

Kredit Gambar: SemuanyaBola

Nama Shahrel Fikri mula menjadi bualan peminat apabila prestasi cemerlang beliau bersama PKNP FC dalam saingan Liga Perdana musim. Beliau berjaya menjarinkan 11 gol dalam sainga Liga dan 6 gol dalam saingan Piala Malaysia. Tambahan pula, Shahrel medapat panggilan unuk mewakili skuad kebangsaan tetapi beliau mengalami kecederaan. Musim hadapan sudah pasti peminat mahu melihat Shahrel Fikri bermain dengan baik.

3. Nor Azam Azih.

Football match between Singapore and Malaysia at Shah Alam Stadium during 29th Sea Games Kuala Lumpur 2017 on 16th August 2017.
Photo by Mizie Ahmad / MASOC

Nor Azam Azih dikatakan bakal menggantikan Safiq Rahim sebagai pengemudi barisan tengah skuad negara satu hari nanti. Prestasi beliau ketika Sukan SEA lalu nyata membktkan kenyataan tersebut. Gandingan beliau bersama Syamer Kutty Abba nayta berkesan buat skuad kebangsaan. Kami juga tidaksabar ingin menyaksikan apa lagi yang dimiliki oleh Azam untuk dibuktikan pada musim hadapan.

4. Irfan Zakaria.

Muhammad Irfan Zakaria(17) during 2018 AFC U-23 Championship Qualifiers match Group H on 19 July 2017 at Supachalasai National Stadium Bangkok, Thailand. Photo by Mohammad Nur Ridzuan / www.asiana.my

Kami pernah menulis artikel tentang pemain ini yang bertajuk “The Unsung Hero” buat pasukan Kuala Lumpur musim ini. Kebolehan beliau bermain di dua posisi iaitu nyata memberikan kelebihan buat Kuala Lumpur dan skuad kebangsaan Bawah 22 tahun. Beliau antara tonggak utama ketika Malaysia meraih pingat perak Sukan SEA lalu.

5. Syahmi Safari.

Kredit Gambar:Goal.com

Nama Syahmi Safari mula menjadi bualan apabila beliau diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan pembukaan Liga Super menentang Pulau Pinang. Beliau terus menjadi pemain utama pasukan Selangor. Syahmi juga tersenarai dalam pasukan Malaysia ketika Sukan SEA. Selain bermain sebagai pertahanan kanan, Syahmi juga mampu untuk bermains ebagai pemain tengah. Peinat sudah pasti mahu melihat lebih lagi dari Syahmi Safari.

Itulah 5 pemain yang menurut kami patut diberi perhatian dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan. Nantikan lebih lagi artikel dari kami!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *