5 Pemain Yang Wajar Diberi Peluang Untuk Tampil

Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi perlawanan persahabatan kedua bulan ini apabila menentang pasukan Kyrgyztan di Stadium Hang Jebat malam ini. Di sini, kami senaraikan 5 pemain yang wajar diberi peluang untuk tampil dalam kesebelasan utama.

1. Kenny Pallraj

Sumber Gambar: Zimbio

Kenny pada mulanya diletakkan di bangku simpanan pada perlawanan menentang Sri Lanka minggu lalu. Beliau dimasukkan pada separuh masa kedua dan serta-merta menampilkan persembahan yang baik dengan mengawal jentera tengah pasukan negara.

2. Nik Akif Syahiran

Pemain tengah Kelantan ini hanya diturunkan pada minit-minit terakhir perlawanan minggu lalu. Ketua jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe boleh menurunkan beliau malam ini bagi mengukuhkan barisan tengah.

Jika diturunkan, maka perlawanan menentang Kyrgyztan merupakan pemanas badan yang baik bagi Nik Akif sebelum beraksi bersama skuad bawah 19 tahun negara pada temasya AFC Bawah 19 Tahun.

3. Haziq Nadzli

Sumber Gambar: Sports.yahoo

Kali terakhir Haziq menyarung jersi pasukan kebangsaan ialah pada perlawanan menentang Mongolia pada pertengahan tahun ini. Tan Cheng Hoe boleh memberikan peluang kepada penjaga gol JDT ini untuk sekali lagi mengawal pintu gol pasukan negara pada perlawanan malam ini.

4. Azzizan Nordin

Sumber Gambar: Sabah FA

Sama seperti Haziq, Azzizan hanya memanaskan bangku simpanan pada perlawanan minggu lalu. Cheng Hoe boleh memberikan peluang kepada pemain tengah Sabah ini untuk tampil dalam kesebelasan utama bagi meguji kemampuan beliau.

5. Mohamadou Sumareh

Sumber Gambar: FAM

Sumareh hanya dimasukkan pada separuh masa kedua pada perlawanan menentang Sri Lanka. Dan pemain naturalisasi pertama negara ini tidak mengecewakan dimana beliau beraksi dengan baik dan menjaringkan dua gol. Menarik untuk disaksikan kelibat Sumareh dalam kesebelasan utama.

Itulah 5 pemain yang menurut kami wajar untuk diberikan peluang tampil dalam kesebelasna utama pasukan negara pada perlawanan menentang Kyrgyztan malam ini.

Apa yang pasti, pemain yang diturunkan perlu menampilkan persembahan terbaik mereka kerana pasukan lawan sudah pasti bakal turun dengan kekuatan penuh kerana mereka kini sedang mempersiapkan pasukan bagi menghadapi temasya Piala Asia 2019.

Baca Juga: Safawi Rasid Masih Dalam Perancangan – Tan Cheng Hoe

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *