5 Pemain Yang Wajib Dibeli Dalam Fantasy SCL 2018 Bagi Matchweek 2

Selangor Champions League 2018 membuka tirainya pada minggu lalu dengan lapan perlawanan dilangsungkan. Beberapa pemain berjaya menampilkan aksi yang cemerlang minggu lalu. Di sini, kami senaraikan buat anda 5 pemain yang wajib anda beli dalam pasukan Fantasy SCL 2018 anda.

1. Medina Mbeguere

Sumber Gambar: Semuanya Bola

Penyerang Duta ZXIV ini mengganas minggu lalu dimana beliau menjaringkan empat gol ketika ZXIV menewaskan pasukan Subang AZS dengan keputusan 4-1. Tidak mustahil penyerang bertubuh sasa dan tinggi lampai ini mampu untuk mengulangi prestasi sama pada perlawanan minggu ini.

2. Rinmon Ngo Anak Impak

Sumber Gambar: Ligakita.my

Selain Medina, Rinmon juga menjadi nadi penting dalam kemenangan ZXIV ke atas Kajang AZS. Larian pantas di bahagian sayap seringkali memberi kesukaran kepada barisan pertahanan Kajang AZS untuk mengawal pergerakkan beliau.

3. Nur Iskandar Hamid

Nur Iskandar beraksi dengan cemerlang apabila kelibat beliau di sebelah sayap ABMK memberikan kesukaran buat pemain pertahanan Axis O2 PJ FC untuk mengawal beliau. Kelincahan Iskandar memainkan perana penting ketika ABMK memperoleh gol penyamaan dimana beliau dijatuhkan di dalam kotak penalti.

4. Salihin Jamil

Sumber Gambar: Semuanya Bola

Salihin Jamil menampilkan aksi yang bertenaga dimana beliau berjaya menjaringkan hatrik ketika Shah Alam Antlers menewaskan pasukan Banting Naga FC dengan keputusan 3-0.

Setelah menjaringkan tiga gol pada perlwanan pertama, tidak mustahil Salihin mengulangi prestasi seperti minggu lalu pada perlawanan minggu ini.

5. Rosedy Muslim

Sumber Gambar: Semuanya Bola

Rosedy berjaya menjaringkan hatrik ketika Port Klang KRU FC membelasah pasukan CABJ dengan keputusan 5-0. Motivasi Rosedy sudah pasti tinggi menuju ke perlawanan minggu ini di atas jaringan hatrik dan beliau dilihat mampu untuk menampilkan satu persembahan yang bertenaga sekaligus memberikan KRU kemenangan kedua.

Itulah 5 pemain yang wajb ada dalam pasukan Fantasy SCL 2018 anda untuk perlawanan minggu ini. Kelima-lima pemain menampilkan prestasi cemerlang dan tidak mustahil mereka sekali lagi tampil memukau minggu ini.

Baca Juga: Rangkuman Selangor Champions League 2018 Minggu Pertama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *