6 Bekas Pemain Harimau Muda A Yang Sepatutnya Menyinar Tetapi Sebaliknya

Program Harimau Muda dimulakan pada tahun 2007 dengan harapan dapat melahirkan pemain bekualiti yang akan mewakili skuad negara pada masa akan datang. Tetapi, program ini telah ditutup pada 2015. Namun, hanya segelintir saja yang berjaya menjadi pemain berkualiti dalam Liga Malaysia ketika ini. Kali ini, kami nak bawakan kepada anda 6 bekas pemain Harimau Muda A yang sepatutnya menyinar tetapi sebaliknya berlaku. Enjoy!

1. A.Thamil Arasu

Sumber Gambar: The Star

Penyerang yang menjadi sebahagian daripada skuad Harimau Muda A yang memenangi pingat emas Sukan SEA 2011 ketika ini beraksi untuk PJ Rangers dalam saingan Liga FAM. Beliau gagal untuk menyinar ketika bersama Selangor dan Kuala Lumpur.

2. Irfan Fazail

Sumber Gambar: The Star

Ketua pasukan Malaysia ketika temasya Sukan SEA 2013 ini beraksi untuk pasukan JDT II dalam saingan Liga Perdana musim ini. Ketika bersama pasukan utama JDT, Irfan gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama. Hanya adik beliau, Afiq saja yang mendapat tempat.

3. Fandi Othman

Sumber Gambar: The Star

Fandi Othman merupakan ketua pasukan negara ketika temasya Sukan SEA 2015 di Singapura. Boleh bermain di pelbagai posisi di bahagian kiri, namun beliau gagal untuk menyerlah. Ketika ini Fandi mewakili Felcra FC dalam saingan Liga Perdana.

4. Izzaq Faris Ramlan

Sumber Gambar: The Star

Penyerang tinggi lampai ini juga menjadi sebahagian ketika Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA 2011. Namun, kecederaan telah melambatkan perjalanan karier beliau. Kali terakhir kita melihat Izzaq beraksi dalam Liga Malaysia ialah bersama pasukan Melaka United musim lalu.

5. Rozaimi Abdul Rahman

Sumber Gambar: The Star

Pemain yang pernah dijuluki “Neymar Malaysia” ini pernah menduduki carta 10 pemain terbaik Asia pada 2012. Namun, karier beliau tidak seindah yang diharapkan. Kemalangan pada 2016 telah mengakibatkan persembahan Rozaimi tidak selincah dulu. Kini beliau bermain untuk JDT II dalam saingan Liga Perdana.

6. Farhan Abu Bakar

Sumber Gambar: FourFourTwo

Nasib Farhan tidaklah semanis bekas penjaga gol Harimau Muda yang lain seperti Izham Tarmizi dan Khairul Fahmi Che Mat. Farhan gagal untuk beraksi cemerlang bersama kedah dan untuk musim 2018, beliau dipinjamkan ke Petaling Jaya Rangers dalam saingan Liga FAM.

Haa itulah 6 bekas pemain Harimau Muda yang gagal untuk menyerlah dalam Liga Malaysia. Kami akan berikan sambungan kepada nukilan ini kepada anda pada kemudian hari. Tunggu ye!

Baca Juga: Apa Nasib Khyril Muhymeen ?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *