6 Kuda Tua Dalam Saingan Liga Super 2019

Kurang dua minggu dari sekarang Liga Malaysia musim 2019 akan membuka tiranya. Sebelumnya, kami menyenaraikan 7 pemain muda yang perlu diberikan perhatian bagi musim 2019. Di sini, kami nak menyenaraikan 6 kuda tua yang masih beraksi dalam saingan Liga Super musim ini. Kami memilih pemain yang berusia lebih dari 35 tahun.

1. Amri Yahyah

Sumber Gambar: FA Selangor

Musim 2019 menjadi musim ke-16 Amri bersama skuad Gergasi Merah. Pemain berusia 38 tahun ini dilantik sebagai ketua pasukan bagi menggantikan Razman Roslan yang berhijrah dan kelibat beliau masih ditangih oleh B.Sathianathan bagi menerajui pasukan.

2. Shukor Adan

Sumber Gambar: MUSA

Setelah berkelana bersama beberapa pasukan sepanjang karier beliau, Shukor akhirnya kembali ke negeri kelahiran bagi menghadapi saingan musim ini. Pemain berusia 39 tahun ini dijangka dilantik sebagai ketua pasukan Melaka United yang baru.

3. Indra Putra Mahayuddin

Sumber Gambar: Kuala Lumpur Hawks

Ketua pasukan Kuala Lumpur ini sedang dalam misi untuk mencari gol ke-100 beliau dalam saingan Liga Super. Meskipun sudah menjangkau usia 37 tahun, namun Indra masih diberi kepercayaan untuk mengemudi jentera tengah dan menjadi ketua pasukan.

4. Suffian Abdul Rahman

Sumber Gambar: Terengganu FC

Pemain yang digelar Tiger ini masih belum berhasrat untuk menggantung sarung tangan meskipun sudah berusia 40 tahun. Musim lalu, Suffian membantu Terengganu FC mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia dan beliau dilihat bersedia untuk beraksi dengan cemerlang sekali lagi.

5. P.Gunalan

Sumber Gambar: BERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sepanjang karier P.Gunalan, beliau hanya beraksi bersama dua pasukan iaitu Selangor dan juga PKNS FC. Gunalan dikekalkan daripada skuad musim lalu dan beliau akan bersaing dengan Ariff Farhan Md Isa bagi posisi left back dalam kesebelasan utama.

6. Helmi Eliza Elias

Sumber Gambar: Pahang FA

Bekas pemenang Double Treble ini beraksi cemerlang bersama pasukan Pahang musim lalu dimana beliau membantu skuad Tok Gajah menjulang Piala FA. Helmi dilihat bakal mengekalkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan musim ini.

Itulah dia 6 kuda tua yang masih beraksi dalam saingan Liga Super musim 2019. Masing-masing mempunyai pengalaman luas dan mereka dilihat bersedia untuk terus menggegarkan Liga Malaysia.

Baca Juga: 7 Pemain Muda Yang Perlu Diberi Perhatian Musim Ini

Leave a comment

Your email address will not be published.