6 Pemain Bintang Tidak Tersenarai Dalam Skuad Indonesia
- Luar Negara
- Nov 2, 2018
- No comment
Pasukan kebangsaan Indonesia baru-baru ini telah mengumumkan 23 pemain yang akan membawa cabaran negara itu dalam saingan Piala AFF Suzuki 2018. Di sini, penulis nak senaraikan 6 pemain bintang yang tidak tersenarai dalam senarai akhir 23 pemain itu.
Sumber Gambar: PSSI
1. Egy Maulana Vikri
Sumber Gambar: Goal.com
Pemain berusia 18 tahun yang beraksi dengan kelab Poland, Lechia Gdańsk ini tidak dipanggil oleh pemangku jurulatihh, Bima Sakti bagi menyertai skuad akhir.
Alasan utama Bima tidak memanggil ketua pasukan skuad bawah 19 tahun Indonesia ini mungkin beliau tidak mahu perjalanan Egy bersama Lechia.
2. Irfan Bachdim
Sumber Gambar: Goal.com
Irfan mula mewakili pasukan kebangsaan Indonesia sejak tahun 2010 lebih tepatnya ketika saingan Piala AFF edisi 2010. Namun kecederaan buku lali yang dialami beliau sepanjang musim 2018 telah membantutkan perjalanan Irfan musim ini.
3. Boaz Solossa
Sumber Gambar: Batam.tribunnews.com
Ketua pasukan Indonesia pada edisi 2016 ini mengumumkan perssraan daripada mewakili pasukan kebangsaan setelah tewas kepada Thailand dalam perlawanan akhir. Meskipun beberapa kali dipanggil, namun Boaz tetap dengan keputusan beliau untuk bersara.
4. Ilija Spasojevic
Sumber Gambar: Kompas Bola
Spasojevic mendapat kerakyatan Indonesia dan mula beraksi bersama pasukan kebangsaan negara itu pada tahun ini. Namun, prestasi yang tidak menentu dalam saingan Liga 1 dimana beliau hanya menjaringkan 8 gol menyebabkan nama beliau digugurkan daripada skuad kali ini.
5. Andik Vermansah
Sumber Gambar: Kompas Bola
Sama seperti Irfan, Andik selalu menjadi pilihan untuk tampil bersama skuad Merah Putih sejak membuat membuat comeback pada 2016. Namun, prestasi yang tidak menentu bersama pasukan Kedah dalam saingan Liga Malaysia musim ini menjadi faktor utama mengapa pemain yang terkenal dengan kepantasan beliau ini tidak beraksi dalam saingan Piala AFF edisi kali ini.
6. Ryuji Utomo
Sumber Gambar: Sindonews
Ryuji berjaya membantu kelab Thailand, PTT Rayong memenangi Thai League 2 sekaligus melayakkan diri untuk beraksi dalam saingan Thai League 1 musim hadapan. Meskipun beraksi dengan baik, namun ianya masih lagi gagal untuk menambat hati Bima Sakti.
Itulah dia 6 pemain bintang Indonesia yang tidak tersenarai dalam skuad pasukan kebangsaan tersebut bagi menghaapi saingan Piala AFF Suzuki 2018. Indonesia merupakan salah satu calon juara dan Haimau Malaya berpeluang untuk menghadapi Garuda di peringkat separuh akhir.
Baca Juga: Bola Sepak Indonesia Berduka Lagi