6 Pemain “Journey Man” Dalam Liga Malaysia

Bagi seseorang pemain bola sepak profesional, adalah satu perkara yang biasa apabila seseorang pemain itu berpindah dari satu pasukan ke pasukan yang lain. Tetapi, ada juga pemain yang berkelana dengan menyertai banyak pasukan dalam karier mereka. Kalau di Eropah, pemain seperti Zlatan Ibrahimovic dan Nicolas Anelka digerlar sebagai “journey man”. Bagaimana pula kalau di Malaysia ? Haa di sini kami nak beri kepada anda 5 pemain Malaysia yang mewakili banyak pasukan dalam karier mereka. Enjoy guys!

1. Indra Putra Mahayuddin

Sumber Gambar: The Star

“Journey man” ini memang tidak saing lagi dalam arena bola sepak Malaysia. Indra Putra telah mewakili sebanyak 8 pasukan dalam Liga Malaysia setakat ini. Beliau memulakan karier bersama pasukan Perak pada 1998. Indra kemudiannya menyertai Pahang, Selangor, Kelantan, T-Team, Kelantan, Felda United, Kelantan dan ketika ini beliau mewakili pasukan Kuala Lumpur. Memang berseri karier pemain berusia 36 tahun ni.

2. Hairuddin Omar

Sumber Gambar: Bola Daily

Hairuddin Omar memulakan karier bola sepak profesional beliau bersama pasukan Terengganu pada tahun 1999. Setelah tempoh beliau bersama Terengganu tamat, pemain yang mesra disapa Hai-O ini menyertai pasukan Pahang pada 2003 hingga 2008. Hairuddin kemudiannya menyertai T-Team, Negeri Sembilan, Kelantan, balik semula ke Negeri Sembilan, ATM dan akhir sekali Terengganu sebelum bersara pada 2017. Setelah bersara, Hai-O memilih untuk terjun ke bidang perniagaan. Steady!

3. Farizal Marlias

Sumber Gambar: Semuanya Bola

Penjaga gol Johor Darul Ta’zim ini sudah mewakili 5 pasukan sebelum menyertai pasukan selatan tanah air ini. Farizal memulakan karier be;iau bersama Shahzan Muda selepas 3 tahun bersama pasukan belia Pahang. Setelah mewakili Shahzan Muda, Farizal berhijrah ke Perlis, Negeri Sembilan, Perak, Selangor dan kemudiannya ke JDT.Beliau baru saj amenamatkan hukuman penggantungan selama 12 bulan yang dikenakan oleh AFC kerana tingkah laku beliau ketik JDT tewas di tangan Cere Negros tahun lalu dalam siangan Piala AFC.

4. Azizon Abdul Kadir

Sumber Gambar: Kisah Benar Viral

Bekas penjaga gol kebangsaan ini diingati kerana dibolosi sebanyak 12 gol semasa temasya Piala Asia 2007. Beliau juga dikenali sebagai pemain yang beraksi untuk banyak pasukan dalam Lia Malaysia. Azizon memulakan karier bersama Melaka pada 2002. Selepas bersama Melaka, beliau berhijrah ke pasukan Negeri Sembilan, Kuala Muda Naza, Sarawak, Sabah, Kuala Lumpur, PDRM, Perak dan Perlis. Satu Malaysia dia pusing!

5. Hardi Jaafar

Sumber Gambar: Stadium.My

Bekas pemain tengah skuad kebangsaan ini diingati kerana gol menakjubkan beliau ke gawang Lionel Luis pada 2007. Hardi memulakan karier profesional bersama Telekom Melaka pada 1999. Setelah itu, beliau menyertai Selangor pada 2004. Beliau menyertai TM FC semula pada 2005. Setelah itu, Hardi menyertai Perak, Selangor, Felda United, Perak dan yang terakhir MOF FC dalam saingan Liga FA.

6. Francis Forkey Doe

Sumber Gambar: Pahang FA

Sumber Gambar: Pahang FA

The Predator ini mula bermain di Liga Malaysia pada tahun 2012 bersama pasukan Terengganu. Setelah itu, beliau mewakili Selangr, Kelantan, Negeri Sembilan, Felda United dan ketika ini pasukan Pahang. Sat-satunya pemain import yang setia dalam Liga Malaysia. Respect!

Haa itulah 6 pemain yang berkelana dengan mewakili banyak pasukan dalam saingan Liga Malaysia. Anda ada senarai pemain yang lain yang layak digelar “journey man” ? Haa mari kongsikan dengan kami.

Baca Juga: Francis Forkey Doe: The Journey Man!

Leave a comment

Your email address will not be published.