6 Pemain Yang Harus Diberi Perhatian Dalam Liga Super 2018! (Part1)
- Liga Super
- Jan 28, 2018
- No comment
Tirai Liga Super 2018 akan dibuka seminggu daripada sekarang. Pasukan yang akan mengambil bahagian sedang giat melakukan persiapan bagi memantapkan pasukan mereka. Perlawanan pra musim dan juga kemasukkan pemain baru mewarnai persiapan para pasukan. Di sini, kami akan berkongsi kepada anda 6 pemain yang harus diberikan perhatian dalam saingan Liga Super musim 2018.
1. Johor Darul Ta’zim
Pemain yang harus diberi perhatian: Jorge Pereyra Diaz
Sumber Gambar: Johor Southern Tigers
The Assassin kembali memperkuat pasukan JDT untuk cabaran musim 2018 ini. Sebelumnya, Diaz meninggalkan JDT kerana tidak berpuas hati dengan pihak kelab. Kini, nampaknya beliau sudah melupakan perkara tersebut. Kami memilih Diaz kerana kita sudah sedia maklum dengan kebolehan pemain ini.
2. Kedah
Pemain yang harus diberi perhatian: Akhyar Rashid
Sumber Gambar: FourFourTwo
“Wonder kid” ini mendapat tawaran untuk bermain di luar negara. Tetapi, jika beliau memilih untuk kekal bersama Kedah, kami berpendapat Akhyar mampu untuk membantu Kedah dalam mencabar kejuaraan.
3. Pahang
Pemain yang harus diberi perhatian: Muhamadou Sumareh
Sumber Gambar: Goal.com
Pemain ini menjadi nadi utaama pasukan Pahang musim lalu. Kita boleh melihat persembahan cemerlang beliau terutamanya ketika perlawanan akhir Piala FA. Musim ini, Sumareh mampu untuk membantu Pahang sekali lagi.
4. Selangor
Pemain yang perlu diberi perhatian: Evan Dimas
Sumber Gambar: Goal.com
Perpindahan Evan Dimas ke Selangor telah mencetuskan konflik diantara PSSI dan FAS. Namun, hal itu telah berjaya diselesaikan. Musim hadapan, kami berpendapat Evan akan memainkan peranan besar untuk Selangor. Kawalan bola serta hantara baik beliau sudah pasti akan dimanfaatkan oleh P.Maniam.
5. Perak
Pemain yang harus diberi perhatian: Robert Cornthwaithe
Sumber Gambar: Twitter Robert Cornthwaithe
Pemain pertahanan tinggi lampai ini menjadi kesayangan pasukan Selangor pada 2015 dan 2016. Musim ini beliau akan mengawal benteng pertahanan Perak. Kami jangka susah nak lepas mamat ni. Hahaha
6. Kelantan
Pemain yang perlu diberi perhatian: Ferdinand Sinaga
Sumber Gambar: Goal.com
Penyerang Indonesia ini dilabel sebagai pemain yang membawa tuah buat pasukan Kelantan oleh ketua jurulatih pasukan, Sathit Bensoh. Musim lalu, Sinaga antara pemain tempatan yang berjaya menjaringkan lebih daripada 11 gol dalam saingan Liga 1 Indonesia. Statistik ini cukup membuktikan bahawa Sinaga ini mampu menjadi penyerang berbisa.
Haa itulah 6 pemain yang perlu diberikan perhatian oleh peminat bola sepak Malaysia dalam saingan Liga Super 2018. Artikel ni ada sambungan tau! So stay tuned guys!
Baca Juga: Bagaimana Grab Dan Uber Memeriahkan Liga Malaysia
12 Pasukan yang dah mempunyai lesen. Pasukan mana je ? Lihat di sini