8 Pasukan Meriahkan Challenge Cup Edisi Pertama
- Lain-lain
- Jul 27, 2018
- No comment
Sebanyak 8 pasukan akan memeriahkan Piala Cabaran atau Challenge Cup yang akan diadakan buat kali pertama dalam saingan musim 2018. Piala Cabaran edisi pertama ini akan membuka tirainya dimulakan dengan perlawanan peringkat kumpulan pada 7 dan 8 Ogos.
8 Pasukan yang layak untuk beraksi dalam kejohanan sulung ini ialah satu pasukan daripada Liga Super sama ada Kelantan atau Negeri Sembilan. Enam pasukan dari saingan Liga Perdana iaitu Terengganu FC II, Johor Darul Ta’zim II, UiTM FC, UKM FC, Sarawak dan Pulau Pinang manakala satu lagi pasukan ialah pasukan jemputan.
Slot pasukan jemputan tersebut dibuka setelah Kuantan FA dibubarkan kerana masalah kewangan yang melanda pasukan.
Beberapa peraturan telah ditetapkan bagi merancakkan lagi Piala Cabaran edisi yang pertama ini. Jumlah pemain import yang dibenarkan ialah seramai empat pemain. Jadi, satu pasukan dari Liga Super harus menyisihkan seorang pemain import mereka dalam perlawanan Piala Cabaran.
Lapan pasukan ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan yang mengandungi empat pasukan. Perlawanan secara timbal balik digunakan dan setiap pasukan akan beraksi sebanyak enam perlawanan peringkat kumpulan.
Berikut merupakan infografik berkenaan balang undian bagi Challenge Cup.
Dua kumpulan terdiri daripada 4 pasukan yang akan ditentukan melalui undian. Dua pasukan teratas kumpulan akan mara ke pusingan separuh akhir dalam perebutan untuk dinobatkan juara sulung Challenge Cup. pic.twitter.com/0Pi2gyRskY
— Football Malaysia (@footballmasllp) July 26, 2018
Bagi menentukan pasukan mana yang akan mara ke peringkat separuh akhir, seperti kebiasaan juara dan naib juara akan layak ke peringkat separuh akhir. Sama seperti peraturan yang digunakan ketika temasya Piala Dunia yang lepas, jumlah jaringan dan juga fair play akan diguna pakai sekiranya ada pasukan yang mempunyai kutipan mata yang sama.
Menarik untuk kita saksikan bagaimana Challenge Cup edisi yang pertama ini memberikan warna kepada saingan Liga Malaysia. Dengan adanya Piala Malaysia yang turut berlansung, kredibiliti Malaysia Football League (MFL) sekali lagi menjadi taruhan dimana mereka harus memastikan Challenge Cup ini tidak dipandang sepi oleh peminat.
Baca Juga: Satu Slot Piala Malaysia Jadi Rebutan Dua Pasukan