Ada Benarnya Nasihat B.Sathianathan
- Liga Perdana, Liga Super
- May 7, 2018
- No comment
Jurulatih berpengalaman negara, B.Sathianathan menasihati pasukan yang mahu mengambil pemain import baru pada jendela perpindahan kedua yang dibuka hari ini agar memilih pemain yang sudah pernah bermain dan serasi dengan saingan Liga Malaysia. Ada benarnya nasihat B.Sathianathan ni.
Kita sedia maklum bahawa ada pasukan yang akan membuat rombakan besar-besaran dari segi pemain import mereka. Apatah lagi pasukan yangetika ini sedang berada di kelompok bawahan Liga. Namun, pertukaran pemain import ini tidak selalunya menjadi.
Ada yang berjaya mencipta impak dengan membantu memperbaiki kedudukan pasukan tersebut. Ada juga yang gagal untuk membantu pasukan kerana pemain import tersebut bergelut untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran Liga Malaysia dan juga corak permainan yang digunakan oleh sesebuah pasukan.
Penyesuaian adalah satu masalah utama yang dihadapi oleh pemain import yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke saingan Liga Malaysia. Tidak dinafikan ramai yang mampu untuk menyesuaikan diri dengan baik. Tetapi ada juga yang gagal. Ini adalah satu risiko yang menurut penulis adalah satu risiko yang besar jika mahu diambil oleh pasukan Liga Malaysia.
Jika sesebuah pasukan tersebut mengambil khidmat pemain import yang pernah beraksi dalam Liga Malaysia, sekurang-kurangnya pasukan tersebut tidak perlu memikirkan lagi tentang proses penyesuaian pemain import tersebut. Kerana pemain itu sudahpun masak dan juga hafal dengan situasi dan juga keadaan Liga.
Apa yang perlu dilakukan ialah beraksi dengan baik dan mencipta keserasian bersama rakan sepasukan yang lain.
Walau apa pun, penulis berharap pasukan yang akan melakukan pertukaran pemain import agar berhati-hati dalam berbelanja dan boleh mengambil perhatian nasihat B.Sathianathan ini. Mereka harus berbelanja mengikut kemampuan kantung masing-masing. Jika gagal berbuat demikian, banyak masalah yang akan dihadapi oleh pasukan kemudiannya.
Masalah seperti pembayaran gaji yang lewat kepada para pemain dan juga pegawai pasukan akan melanda pasukan sekiranya mereka tidak berjimat-cermat ketika membeli pemain. Dan jika perkara tersebut berlaku, maka pasukan itu sendiri yang akan mengalami kerugian.
Baca Juga: Ada Benarnya Kata-Kata Roberto Carlos