Ada Frasa Lebih Baik Daripada “Go To Hell”
- Liga Super
- Mar 30, 2018
- No comment
Kita sedia maklum dengan konflik antara Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dengan kerajaan negeri Selangor. Mulai dari isu walkout hinggalah isu pasukan Selangor tidak dibenarkan menggunakan stadium Shah Alam. Baru-baru ini, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Y.B Amirudin Shari menyuruh FAS untuk “go to hell” apabila ditanya mengenai isu konflik antara FAS dan kerajaan negeri. Penulis rasa ada frasa lebih baik daripada perkataan tersebut.
Di bawah adalah video ketika Y.B Amirudin menjawab soalan Budiman Mohd Zohdi
Sumber Video: KiniTV
Y.B Amirudin kelihatan berang dan tidak berpuas hati apabila ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi bertanya tentang konflik antara FAS dan kerajaan negeri ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN). Amirudin juga menjelaskan bahawa pihak kerajaan negeri telah beberapa kali meminta bagi mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi, namun pihak FAS enggan untuk berjumpa dengan beliau.
Sebagai wakil rakyat dan juga individu yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan Dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor, anda seharusnya bijak untuk mengawal emosi apabila diajukan soalan. Frasa “Go to hell” atau pergi jahanam ini tidak sesuai digunakan untuk melabel sesebuah persatuan bola sepak.
Ya penulis faham anda sudah muak dan juga bosan setiap kali diajukan soalan mengenai konflik yang berlaku. Tetapi, sebagai individu yang “dihormati” di negeri Selangor, anda tidak seharusnya menggunakan emosi apabila diajukan soalan mengenai kemelut yang berlaku. Be profesional la YB!
Penulis berharap tiada lagi frasa “Go to hell” yang digunakan oleh mana-mana individu dalam arena bola sepak negara. Kita harus bersikap lebih profesional dalam menangani sesuatu masalah.
Gunakan frasa lebih baik bagi menanggapi ataupun menjawab persoalan yang diajukan. Penggunaan kata-kata kesat hanya akan mengundang kritikan daripada peminat bola sepak negara. Bukan saja kritikan, malah peminat juga boleh hilang rasa hormat mereka kepada anda jika menggunakan kata-kata yang tidak sepatutnya.
Baca Juga: Sejarah Temasya Piala Asia Di Mata Malaysia Dan Asia Tenggara