Akhyar Rashid Semakin Hampir Sertai JDT ?

Masa depan pemain sayap Kedah, Akhyar Rashid menjadi tanda tanya apabila beliau dilihat semakin hampir untuk menyertai juara Liga Super musim 2018, Johor Darul Ta’zim.

Perkara ini berdasarkan satu gambar dimana pemain berusia 19 tahun ini dilihat melawat pusat latihan JDT serta mengunjungi Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin baru-baru ini.

Selain itu, Akhyar juga mengikuti beberapa page berita bola sepak JDT termasuk laman rasmi JDT iaitu Johor Southern Tigers di Instagram.

Dua perkara di atas menguatkan lagi spekulasi bahawa Ahyar semakin hampir untuk menyertai juara Liga Super lima kali berturut-turut itu. Setelah menampilkan aksi yang cemerlang bersama skuad bawah 19 dan 23 tahun negara sepanjang tahun 2018, Akhyar sememangnya dicanang untuk menyertai pasukan yang lebih besar bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Selain itu, khabar angin ini juga menerika reaksi yang berbeza daripada peminat bola sepak Malaysia. Ada yang mahukan supaya Akhyar menyertai kelab luar negara bagi mengembangkan lagi kualiti permainan beliau.

Ada juga peminat yang mahukan Akhyar supaya tidak menyertai JDT jika beliau tidak mahu untuk memanaskan bangku simpanan sepanjang musim dengan adanya pemain import di posisi sayap kiri pasukan.

Jika Ahyar menyertai pasukan Harimau Selatan itu pada saingan musim hadapan, maka beliau akan beraksi di samping seorang lagi pemain muda terbaik dalam negara ketika ini, Safawi Rasid. Gandingan Akhyar dan Safawi berjaya membantu skuad bawah 23 tahun negara memberikan cabaran dalam temasya AFC Bawah 23 Tahun dan juga Sukan Asia 2018.

Apa pendapat anda mengenai khabar angin yang mengatakan Akhyar Rashid semakin hampir untuk menyertai Johor Darul Ta’zim ? Mampukah pemain berusia 19 tahun ini menyinar jika menyertai juara Liga Super musim 2018 ini ?

Baca Juga: Nazmi Faiz Dan Hazwan Bakri Tidak Kemana-Mana

Leave a comment

Your email address will not be published.