Akram Mahinan Kembali Ke Selatan ?

Pemain tengah Kedah, Akram Mahinan dikhabarkan akan kembali menyertai juara Liga Super musim 2018, Johor Darul Ta’zim bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Laman media sosial Twitter di atas melaporkan selain memburu Akhyar Rashid, JDT juga mahu membawa masuk Akram Mahinan bagi memperkuatkan pasukan untuk mengharungi saingan musim hadapan.

Sebelum beraksi bersama Kedah, Akram mencipta nama bersama JDT selama 3 musim dari 2013 hingga 2016. Ketika bersama JDT, Akram pernah beraksi bersama pasukan utama dan juga pasukan pembangunan iaitu Johor Darul Ta’zim II.

Bersama pasukan Kedah, Akram berjaya membantu skuad Hijau Kuning memenangi dua trofi iaitu Piala Sumbangsih dengan menewaskan JDT dan trofi Piala FA dengan menewaskan pasukan Pahang di perlawanan akhir.

Jika Akram menyertai JDT pada musim hadapan, maka beliau harus bekerja keras untuk diturunkan dalam kesebelasan utama kerana ketika ini JDT mempunya ramai pemain tengah dalam pasukan mereka.

Di jentera tengah pasukan, mereka mempunyai Safiq Rahim, Natxo Insa, Garry Steven Robbat, Nazmi Faiz Mansor, Afiq Fazail, Harris Harun, Fernando Elizari Syamer Kutty Abba dan Kiko Insa. Belum lagi pemain yang kini diletakkan dalam pasukan JDT II seperti Junior Eldstal dan Amirul Hadi Zainal.

Apa yang pasti, Akram mempunyai kualiti untuk menjadi antara pemain tengah terbaik negara. Jadi, dengan menyertai pasukan yang akan beraksi di pentas yang lebih besar seperti Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim hadapan, perkara ini dilihat mampu untuk meningkatkan lagi kualiti yang dimiliki oleh Akram.

Apa pendapat anda mengenai khabar angin yang mengatakan Akram Mahinan akan menyertai Johor Darul Ta’zim pada musim hadapan ? Mampukah Akram meningkatkan lagi mutu dan kualiti yang dimiliki beliau jika beraksi bersama JDT ?

Baca Juga: Akhyar Rashid Semakin Hampir Sertai JDT ?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *