Aksi Dramatik di Darul Aman
- Piala FA
- Mar 3, 2018
- No comment
Pertembungan Piala FA di antara Kedah menentang Negeri Sembilan di Stadium Darul Aman berlangsung penuh dramatik dengan kemenangan berpihak kepada kepada Kedah hasil jaringan minit ke-119 oleh Badrol Bakhtiar.
Menarik tentang pertemuan ini, Negeri Sembilan dengan jurulatih baru berpengalaman luas, saudara Azraai Khor tampil dengan persembahan bertenaga di bahagian pertahanan. Baru mengendali pasukan selama 1 hari, Azraai sedar beliau berdepan tugas berat bertemu pasukan pilihan. Dari awal, pelan mereka adalah cuba untuk bertahan dan menunggu pertahanan Kedah melakukan kesilapan untuk memperoleh peluang menjaringkan gol. Sepanjang perlawanan Azraai mengarahkan anak buahnya memenuhkan kawasan tengah pertahanan mereka. Para pemain midfield Negeri Sembilam berkampung di kawasan Zon 14 mereka untuk menghambat Kedah dari melakukan percubaan merbahaya. Taktik itu nyata berkesan kerana tidak banyak clear cut chances yang diperolehi pasukan Kedah sepanjang perlawanan. Kebanyakan peluang Kedah hadir melalui sepakan jarak jauh walaupun mereka bertubi-tubi cuba mengasak pertahanan Negeri Sembilan. Renas Rode, Rizal Fahmi dan Ilham beraksi cemerlang untuk Negeri Sembilan dalam perlawanan ini. Perlawanan pertama Azraai menampakkan sinar positif untuk pasukan Negeri Sembilan. Sekurang-kurangnya, mereka sekarang mempunyai pertahanan yang solid. Tugas Azraai selepas ini ialah untuk menggilap barisan tengah dan serangan mereka supaya lebih mantap.
Bagi pasukan Kedah pula, Ramon Marcote sekali lagi turun dengan formasi berbeza setelah penyerang import Pablo Pallares tidak dpt diturunkan. Ketika kemenangan mereka menentang PKNS, Kedah bermain dengan Pablo di titik paling atas bahagian serangan. Kali ini, Ramon meletakkan Sandro bermain sebagai penyerang, namun peranan beliau lebih seperti deep lying forward keranan beliau kerap turun ke bahagian tengah untuk menghubungkan midfield dan forward pasukan Kedah. Seperti dalam perlawanan menentang PKNS, Ramon mengarahkan fullback beliau untuk membekalkan width di bahagian tepi dengan Akram Mahinan bermain sebagai pemain No.6 manakala pemain-pemain lain di bahagian midfield dan forward kerap bertukar-tukar posisi dan peranan. Sedikit perbezaan yang dilakukan dalam perlawanan ini berbanding perlawanan-perlawanan lalu ialah Kedah bermain pressing yang lebih aktif, serta flow permainan mereka lebih lancar kerana mereka tidak terlalu lama memegang bola. Kitaran hantaran mereka lebih cepat. Sedikit mengecewakan ialah 2 pemain wide attackers Kedah tidak masuk ke kawasan halfspace dengan begitu aktif, hingga menyukarkan mereka untuk menembusi pertahanan pasukan Negeri Sembilan. Paling ketara selepas kemasukan Syazwan Zainon di mana beliau kerap kali bermain terlalu wide sehingga merosakkan struktur serangan pasukan Kedah. Namun kami percaya, pasukan Kedah masih dalam proses menyesuaikan diri dengan taktikal terbaru Ramon. Dengan lebih latihan kami percaya pemain seperti Andik, Farhan dan Syazwan boleh menampilkan aksi lebih baik selepas ini jika Ramon masih mengekalkan taktikal yang sama.
Kesimpulannya, perlawanan menghiburkan telah dipamerkan di Darul Aman. Kedah tampil mendominasi permainan dengan permainan bolasepak moden yang berkualiti, manakala Negeri Sembilan mempamerkan kekentalan serta semangat juang yang tinggi dalam perlawanan ini.
Kredit Gambar: Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah