Apa Nasib Pemain Perlis Selepas Ini ?

“Perlis kosong, tiada apa-apa.” Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie dimana persatuan itu kehilangan empat penaja besar. Yang menjadi persoalan ketika ini ialah apa nasib pemain Perlis selepas ini ?

PFA dikatakan kehilangan empat penaja utama bernilai jutaan ringgit apabila mereka terpalit dengan isu tunggakan gaji pemain. Baru-baru ini, seramai 18 pemain tampil membuat pendedahan dimana mereka masih belum menerima tunggakan gaji seperti yang dijanjikan persatuan itu.

Menurut Ahmad Amizal, isu yang berlaku ketika ini memberikan gambaran negatif terhadap persatuan itu. Pada mulanya, penaja meletakkan kepercayaan kepada pengurusan baru pasukan Perlis. Namun, selepas pendedahan dibuat oleh 18 pemain tersebut, penaja membatalkan niat mereka untuk menaja pasukan.

“Nak dapat penaja bukan senang, bukan Perlis saja, semua pasukan. Bila kita hilang penaja walaupun sudah sampai tahap 95 peratus perbincangan, ia satu kerugian buat semua.

“Penaja percaya kepada pengurusan baharu, cuma benda yang berlaku ini menjadi satu benda yang negatif kepada penaja dan kalau kita nak cari penaja yang baru, bukan satu benda yang mudah. Tapi saya bukan individu yang akan berputus asa,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Dengan ketiadaan penaja ini, sudah pasti nasib pemain Perlis menjadi tanda tanya. Apa yang dirisaukan ialah pemain skuad Perlis Northen Lions dan Perlis Northern Lions 2 serta pemain skuad Piala Presiden tidak menerima gaji.

Bukan setakat gaji pemain, gaji para staf kejurulatihan serta pengarah bola sepak pasukan, Matt Holland berkemungkinan besar gagal atau lambat dibayar dengan ketiadaan penaja. Dan akhir sekali, tunggakan gaji pemain yang beraksi bersama pasukan musim lalu juga dilihat bakal menemui jalan buntu.

Apa yang pasti, pihak pengurusan pasukan perlu segera mencari jalan penyelesaian agar pemain dan pegawai pasukan tidak menjadi mangsa kepada kegagalan anda mencari penaja. Pemain sudah mencurahkan segalanya di atas padang bagi memastikan pasukan mencapai prestasi tertinggi dan perkara terakhir yang mereka mahukan ialah gaji mereka dibayar.

Baca Juga: Pemain Sedia Maklum Mengenai Gaji Lewat – Taj

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *